Khamis, 28 Julai 2011

OVERVIEW Menguruskan Cloth Diapers (Personal Experience)

Personal experience saya menggunakan lampin kain moden / cloth diapers.

Saya mula menggunakan cloth diapers untuk anak kedua. Terjumpa mengenai cloth diapers ketika mencari-cari alternatif kepada disposable diapers. Ini kerana anak pertama saya tidak sesuai menggunakan disposable diapers walau dah cuba pelbagai jenis jenama, pelbagai jenis cara dan pelbagai krim tambahan dan sebagainya.

CLOTH DIAPERS

Pertama sekali apabila menerima cloth diapers, saya akan 'prewash' sebelum menggunakannya.

Untuk cara2 prewash dan membasuh, boleh ke link ini:
http://qissaradotcom.blogspot.my/2011/08/cara-basuh-cloth-diaper-cd.html



Prewash penting untuk meningkatkan kadar penyerapan, terutama jika cloth diapers menggunakan fabric bamboo charcoal. Lebih banyak basuhan, lebih banyak penyerapan.

JEMUR

Image result for washing cloth diapers

Insert tanpa waterproof layer boleh dijemur dibawah matahari terik.

Bagi diaper cover / bahagian yang mempunyai waterproof layer, elakkan jemur dibawah matahari terik yang lama ( kalau jemur dan terus angkat bila dah kering biasanya boleh, biasanya bawah matahari terik hanya perlukan 2-3 jam untuk kering)

SIMPAN

Image result for washing cloth diapers

Selepas angkat, masukkan insert siap2 jika menggunakan pocket diapers baru disusun di rak. Memudahkan bila nak guna capai sahaja.

Asingkan juga daily diapers, night diapers dan diapers untuk berjalan2 jika ada.
Daily diapers waktu siang biasanya diapers yang tahan lasak dengan penyerapan sederhana, diapers patut ditukar seelok2nya setiap kali kotor / atau paling lama 4-6 jam sekali.

Night diapers mempunyai kuasa penyerapan yang lebih banyak, biasanya menggunakan booster dari bahan yang lebih menyerap agar tahan lebih lama semasa tidur.

Diapers untuk jalan2 biasanya fancy diapers / branded diapers jika ada budget lebih :D

PENGGUNAAN

Sehari biasanya memerlukan 6 set cloth diapers.
Diapers pula boleh dikumpulkan 2 hari ke 3 hari sekali sebelum dicuci ( begantung kepada stock yang ada, cara simpan diapers kotor dan cara cucian)

JANGKA HAYAT

Diapers yang digunakan hari2 secara heavy duty tahan sekitar 2 tahun atau lebih. Biasanya jika digunakan dengan cermat akan tahan lebih lama, malahan boleh disimpan untuk anak2 seterusnya.