Ahad, 13 April 2014

Panduan Memilih Baju Menyusu

Panduan boleh dibaca oleh para wanita untuk menimba ilmu
Boleh juga dibaca oleh para suami untuk memahami bagaimana nak belikan baju menyusu untuk isteri tercinta.


Saja tayang koleksi latest baju menyusu keluaran Bettermoms Enterprise.. hahabettermoms kast skali, baju menyusu muslimah untuk outing mestilah menutup aurat. Apabila ibu telah melahirkan bayi, perubahan bentuk badan akan berlaku secara alami. Maka bahagian yang mengalami perubahan ( seperti pinggul dan dada) perlukan baju yang lebih fleksible, supaya tidak terlalu 'menjolok mata'. :)

Sebab itu kalau perasan, baju nursing kebanyakan bahagian dada ada 2 layer, dan biasanya flexible dari segi boleh mengembang. Bahagian pinggul pula A-cut, besar sedikit di pinggul, supaya tidak ketat. Ini penting bagi mereka yang mencari pakaian yang bercirikan muslimah kerana jika ketat pada bahagian yang tak sepatutnya, pasti berasa tidak selesa di khalayak ramai.

Keduanya, mestilah mudah menyusukan bayi. Part ini adalah terletak pada cara bukaan menyusu. Berdasarkan pengalaman, ramai ibu2 suka jenis baju yang mudah diselak (TAPI TAK MUDAH TERSELAK TANPA SENGAJA)

Jenis ni selak di tengah, so far paling ramai ibu suka yang ini... tak de tali, x de butang , sangat mudah

Yang ini jenis selak dengan bukaan bulat, sangat secure ( susah terselak secara tidak sengaja)

Kedua2 bukaan ni juga digemari kerana bila pakai tudung, bukaan dapat disembunyikan (tak nampak macam baju menyusu)

Ada beberapa jenis bukaan lain

Bukaan selak dari bawah, secure tapi sbb bukaan tidak dapat disembunyikan sepenyuhnya di bawah tudung, bukanlah jenis bukaan yang paling digemari.
Bukaan ni antara jenis yang digemari ramai juga, cuma agak rumit kerana kena buka ikatan, dan jgn lupa ikat semula selepas meyusu. ( Ada pelanggan pernah bgtahu ikatan tertanggal tanpa disedari dan inner dalam terselak keluar dan beliau dlm bank yg ramai orang..huhu...)

Selepas cara bukaan, pemilihan fabric yang sesuai. Fabric pilihan ramai cotton, lycra, kerana sejuk, sesuai dengan cuaca negara kita yang panas.

Cotton memang sangat best. Cuma masalahnya boleh jadi memeri dan warna pudar dengan masa. Tapi ramai yang tak kisah sbb mereka rajin shopping baju, bosan asik pakai baju sama ..hehe..
(Ada customer yang most of new arrival mesti dia sambar, bukan sikit, byk2 pula tu.alhamdulillah murah rezekinya , murah juga rezeki den, hehe.. best la kalau den kayo cam tu, den tokay pun x de byk baju koleksi sendiri..huhu)

Lycra pula warna tak pudar dan mudah urus. Kurang berkedut banding cotton. Cuma lycra jika yang igh quality punya memang mahal dan dia jenis meluyut sikit. Jika guna lycra murah, meluyutnya sampai nampak segala line2 yg dalam.. huhu.. haru

Di Bettermoms, fabric milk silk diperkenalkan. Famousnya milk silk ni taglinenya 'soft as silk,durable as cotton). Tak ramai yg gunakan fabric ni tapi so far Alhamdulillah customer yang try baju menyusu Qis-Sara bagi feedback yang positif mengenai fabric ini.

Antara feedback tersebut:
1. Mudah cuci (jika basah susu senang cuci juga)
2. Lembut dan sejuk.
3. Tidak meluyut di badan tapi tidak pula kembang kerana ringan
4. Sangat stretchable menjadikan sangat selesa dipakai
5. mudah urus: cepat kering, mudah gosok, tak senang kedut 




Nak letak semua feedback nanti korang borink lak, haha.. sikit 2 je, lebih aku letak kat PAGE NI







2 ulasan:

  1. maksih ya ats artikelnya sangat bermanfaat tp sy mau tanya,kalau untuk tempat kaos kaki muslimah yang koleksinya lengkap di bandung itu dimana ya...
    maaf ya kalau pertanyaannya tidak nyambung dengan artikel

    BalasPadam
  2. Adeline: sy kurang pasti sebab sy di Malaysia :)

    BalasPadam