Jumaat, 16 Mei 2014

RESEPI: Menggunakan Cloth Diapers DARI BAYI BARU LAHIR.

Antara soalan yang kerap diajukan kepada aku ialah, boleh ke pakai cloth diapers dari kecil? dari baru lahir boleh?

Sebelum itu, kita belajar sikit mengenai bayi baru lahir ya. Bayi baru lahir umum akan kerap minum susu. Kuantiti yang diminum tak banyak. Disebabkan kekerapan bayi minum susu, bayi akan buang air kecil dengan kerap, bayi juga akan buang air besar dengan kerap. Berak bayi lebih cair dan akan meninggalkan kesan kekuningan kepada kain.

Isu pemakaian cloth diapers semasa bayi baru lahir…
Disebabkan bayi baru lahir kerap buang besar, cloth diapers perlu ditukar setiap kali buang air besar, kerap tukar cloth diapers menyebabkan tak cukup cloth diapers untuk buat rotation bagi berCD, jika nak beli banyak sekaligus pula belum mampu…

Laundry pula banyak nak kena cuci, kalau sehari 6 kali tukar CD, dah berapa banyak? Lagipun CD perlu dibilas baru basuh, tak boleh campur baju biasa pula tu sbb najis, jadi macam mana? Dah lah ibu dalam berpantang, ayahnya cuti biasa 7 hari sahaja, takkan nak minta tolong ibu bapa kita yang jaga dalam pantang untuk cucikan cloth diapers pula? Kan ke menyusahkan??

Lagi satu isu yang kerap didengari, nanti cloth diapers akan menyebabkan kaki anak terkangkang, nanti besar jalan kengkang.. haa.. yang ni fakta yang tak betul ya

OK, jom start belajar macam mana MASALAH DIATAS DAPAT DIATASI, dan dapat ber-cloth diapers dengan jayanya.

Fakta pertama:


Untuk permulaan selang selikan pemakaian cloth diapers dengan disposable diapers, kerana stock cloth diapers yang limited, akan merasa berat membeli cloth diapers jika ingin lengkapkan segalanya sekaligus 100%


Peranan untuk setiap bulan seterusnya, sediakan tabung untuk beli cloth diapers tambahan dan insert tambahan secara berperingkat.

Standy insert CD lebih.

Kerana sekarang penggunaan cloth diapers telah meluas, harga cloth diapers dan aksesorinya tidaklah semahal mana banding semasa ia baru dikeluarkan dahulu. Tambahan pula ramai peniaga yang menawarkan harga pakej jika beli banyak sekali gus.
Insert pula diperbuat dari pelbagai jenis material tapi yang paling saya suka menggunakan material bamboo charcoal yang boleh bersentuhan dengan kulit bayi.
Belajar jenis insert DISINI

Tidak semua material insert boleh bersentuhan dengan kulit bayi kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kekeringan yang melampau dan alahan. Tapi insert bamboo charcoal sesuai walaupun kulit bayi sensitive ( entry lain nanti sy cerita kelebihan bamboo charcoal)

Apa guna insert lebih? Dan kenapa mesti insert bamboo charcoal atau insert lain yang boleh sentuh kulit bayi? Ini kerana bagi NEWBORN sesuai menggunakan kaedah Ai2 menggunakan normal pocket CD yang mempunyai insert bamboo charcoal. 

Ai2 ialah apabila insert tidak dimasukkan ke dalam poket tapi diletakkan di atas CD. Disebabkan bayi baru lahir pee dan poo sedikit each time, insert hanya basah sedikit di bahagian tengah. Jadi boleh tukar insert shj dan reuse CD cover sehingga beberapa kali.

Anda boleh menggunakan apa2 jenis pocket CD tapi insert mesti yang boleh sentuh kulit bayi seperti bamboo charcoal untuk buat kardah AI2

Insert murah sahaja, macam di Malaysian Cloth Diaper Shop boleh dapat rm80 for 10pcs.

Baldi besar kerana anda tak perlu basuh cd setiap hari. Anda boleh menggunakan kaedah wetpail dan cuci 2x seminggu sahaja- dalam pantang papanyalah tolong basuhkan tapi memnag mudah jika basuh dan urus guna kaedah wetpail. Untuk rujukan kaedah wetpail boleh lihat SINI.

Mengenai kaki anak terkangkang dan besar nanti boleh jadi jalannya kengkang, tidaklah berasas, malahan fakta sekarang utamakan bayi dnegan kaki bebas bergerak banding kaki terbujur lurus seperti dalam bedung ( mengurangkan risiko hip dysplasia)

Sangat berbaloi dan menjimatkan jika anda mula berCD dari newborn, jom lah!

2 ulasan:

  1. Slm...nk tnye.....means now lebih elok xbedung dari bedung ek berkaitan ngn mslh kaki bby tu?

    BalasPadam
  2. ada pendapat yg kata tak elok, esp bedung kuat dan dalam masa yg lama

    BalasPadam