Saturday, 17 December 2011

Latest Velcro Design - Tinky By Bettermoms

Cantiknya.... so Cute...
Memamg masa saya order lagi dah tak sabar
Thank you Allah, Semua perancangan berjalan lancar
Usaha membanyakkan lagi design cloth diapers
Semoga ramai ibu bapa yg lebih tertarik dgn cloth diapers ini
Amin...
















Tips Penjagaan Kebersihan apabila Menggunakan Cloth Diapers

1. TUKAR SEBELUM 6 JAM

Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah, jangan biarkan bayi anda memakai diapers melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.

2. BASUH NAJIS DENGAN SEGERA

Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi.

3. TOILET TRAIN 

Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.

4. DAYA RESAPAN

Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.


5. JANGAN BERBEDAK 

Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada diapers.

INSERT 5 LAYER BAMBOO CHARCOAL - BANYAK KELEBIHANNYA


5 LAPISAN, 2 LAPISAN BAMBOO
BUKAN BAMBOO BIASA , TETAPI BAMBOO CHARCOAL FLEECE
-TIDAK MUDAH MENIPIS SPT BAMBOO COTTON
-BOLEH BERFUNGSI SBG STAY DRY BAHAGIAN ATASNYA - BOLEH PAKAI DENGAN FLIP COVER
-BOLEH DIRECT TO BABY SKIN, NO MORE RASHES
-BAMBOO JUGA PUNYAI DAYA SERAPAN YG BANYAK



TIGA LAPISAN MICROFIBER DIDALAM
-BEKALKAN DAYA KETAHANAN, BOLEH MASUK MESIN
-CEPAT KERING BANDING ALL BAMBOO INSERT
- TIDAK MENGECUT BANDING ALL BAMBOO INSERT

JADI SESUAI DGN CUACA NEGARA KITA, PANAS ATAU HUJAN, MASUK MESIN LEBIH CEPAT

INSERT INI DIBAWAH RM10, LEBIH MURAH DARI SESETENGAH INSERT MICROFIBER SENDIRI

BUKAN KERANA RENDAHNYA KUALITI, TETAPI SUPAYA LEBIH RAMAI MAMPU MEMILIKI SEMUA KELEBIHAN INI..

SEBAB ITU, CLOTH DIAPERS SAYA MENGGUNAKAN INSERT INI SAHAJA.

DAN BUAT MASA SEKARANG, ANAK SY YG LIMA BULAN BOLEH BERTAHAN 6 JAM DGN SATU INSERT SHJ DI MALAM HARI

^_^ PEACE!!

Jenis Cloth Diapers Closure : Velcro Vs Button


Image result for velcro or button cloth diaper

Velcro/ Aplix

Kelebihannya :

  • Mudah dipakai, seolah2 memakai pampers pakai buang. 
  • Konsepnya telah diketahui umum. 
  • Penggunaannya sesuai untuk mereka yang baru berjinak2 dgn cloth diapers, untuk babysitter, untuk father, grandparents etc. 
  • Ia juga sesuai digunakan waktu malam kerana untuk menukar diapers di tengah malam, lebih mudah dan kurang mengganggu anak tidur berbanding button.


Kekurangannya jika tidak dijaga dengan betul (tidak disemat dgn laundry tab, habuk2 dan benang dibiarkan melekat), kekuatan melekat akan berkurangan dengan masa – bandingkan/ ibaratkan dgn pita pelekat utk kasut sekolah.


Button:

Kelebihannya: 

  • Tidak mudah dibuka oleh anak2 berbanding velcro. 
  • Juga penjagaan lebih mudah sedikit kerana semasa basuh tidak perlu dilekatkan, tetapi jika direntap dengan kasar selalu, button juga boleh koyak atau tercabut.

Wednesday, 16 November 2011

Isu Kesihatan dan Alam Sekitar dalam disposable Diapers

Apa ada dalam Lampin Pakai Buang?

Tahukah anda Lampin Pakai Buang mengandungi bahan kimia sintetik yang merbahaya untuk kesihatan?


Dioxin - bahan yang terhasil dari proses pelunturan. Dioxin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.

Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar.


TRIBUTYL TIN (TBT) - Dilabel sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin.


Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang.

Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain.

Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.

Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah) - Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi.

Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.


Isu Alam Sekitar


Tahukah anda sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk terurai?

Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia.


Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.

Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.

Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.

Lampin Kain ternyata lebih mesra alam.

Berapa Cloth Diapers diperlukan sehari?

Image result for bilangan cloth diapers diperlukan


Bilangan Cloth Diapers yang anda perlukan adalah bergantung kepada umur si manja anda dan berapa kerap anda merancang untuk mencuci diapersnya.

Semakin dia membesar, semakin kuranglah diapers yang diperlukan. Bagi saya sorang baby (dari newborn) cukup dengan 12 pcs dengan syarat tiap-tiap hari boleh basuh dan kering. Sekiranya kerap travel, eloklah beli lebih sikit dalam 15pcs to 20pcs. .

Jadual penggunaan Cloth Diapers.. ( panduan sahaja ^_^)

7.oo - 10.oo pg ~ 1cd poket + 1 insert
10.oo - 1.oo ptg ~ 1cd poket + 1 insert
1.oo - 4.oo ptg ~ 1cd poket + 1 insert
4.oo - 7.oo mlm ~ 1cd poket + 1 insert
7.oo - 12 t/mlm ~ 1cd poket + 2 insert
12.oo - 7.oo pg ~ 1cd poket + 2 insert

Jadi jumlah penggunaan dlm sehari 6 cd poket + 8 insert.

Apabila dibasuh setiap hari, 12 set cloth diapers adalah mencukupi. Sekiranya dibasuh 2-3x sehari, bilangan yang mencukupi adalah dalam 30 set. Bagaimanapun anda tidak perlu membeli 30 set sekaligus, untuk permulaan, dapatkan 10 set dan tambah mengikut bajet anda setiap bulan. Tidak mengapa jika mula2 anada masih mencampurkan penggunaan cloth diapers dan disposable diapers sehingga kuantiti muncukupi.

Image result for bilangan cloth diapers diperlukan

Sunday, 28 August 2011

Testimony: Penyelesaian ruam lampin yang menyeksa si manja.

Below are testimony from a cloth diapering parent, taken from MCDP group ( Malaysian Cloth Diapering Parents)

Nama : Herny yusnizar binti ridzwan

Nama baby: puteri nur Qairunnisa bt mohd hafiz (2 1/2yrs) 
Masalah: (eczema dan alergy pada disposable diapers,fabric suede n microfleece)

Testimoni:

Saya merupakan seorang ibu bekerja. saya bekerja shift samada petang,pagi atau malam. waktu kerja pula 7 jam , 10 jam atau 14 jam sehari atau oncall bergantung pada jadual tugas. saya telah full cloth diapering selama setahun lebih...walaupun bermula agak lewat iaitu selapas nak berumur setahun lebih.

Sebelum menggunakan CD anak saya menggunakan lampin flat tradisional sahaja kerana anak saya sangat allergic dengan disposable diaper..walau pun begitu saya pakai juga DD jika untuk travelling atau outing (jenama mamypoko,huggies ultra)--kesannya--anak saya akan timbul ruam yg sangat teruk hingga pada suatu ketika berair dan di jangkiti candida..

Anak saya akan dapat rashes even hanya selapas sekali berDD apatah lagi jika seharian di BS/ travelling...saya berhabis duit juga untuk rawatan kulitnya. namun doctor juga menasihatkan tiada jalan lain kecuali jangan pakaikan disposable diapers..lagipun rawatan menggunak krim steroid juga ada kesan sampingannya...

Disebabkan sudah terbiasa dengan lampin flat--saya terus berlampin kain tradisional..lagipun belum terbuka lagi mengenai CD walaupun pernah terbaca mengenai CD.

Pada suatu hari saya terjumpa CD di jual di kedai--CD pertama saya ialah myeconappy..sejak itu masalah rashes berkurangan..kemudian saya terus membeli Cd lunatot kerana kebetulan butik lunatot baru di buka berdekatan rumah saya...kemudian kebetulan saya baru membuka akaun FB n search mengenai clothdiaper (sebelum tu sebuk bekerja n menguruskan anak-maklumlah pakai lampin flat -sehari sedozen kut).

Melalui perbincangan dengan kawan FB barulah saya belajar mengenai jenis2 dan system berCD serta cara penjagaan...rupanya anak saya cuma sesuai dengan bamboo sahaja.



Saya mula menjadi pengguna bamboo tegar dan anak saya totally sembuh dr rashes.

Saya sangat lega dan bersyukur di temukan dengan CD..selain dari hypoalergenic Cd juga sangat cute untuk si manja saya...


Wednesday, 24 August 2011

CARA BASUH CLOTH DIAPER (CD)

PERATURAN PENTING PENJAGAAN CLOTH DIAPERS
  1. Avoid softener - softener menyebabkan daya serapan cloth diapers berkurangan.
  2. Avoid using a lot of detergent dan bilas detergent hingga bersih sebelum jemur. - Pengumpulan sisi detergen menyebabkan reaksi alergik kepada kulit bayi, juga boleh mengurangkan daya serapan.
  3. Paling baik menggunakan bahan pencuci khas untuk cloth diapers. Mahupun sabun basuh yang telah biasa digunakan oleh ibu2 yang berpengalaman dalam menggunakan cloth diapers.

PANDUAN SABUN YANG BOLEH DIPILIH 
( SUMBER : MALAYSIAN CLOTH DIAPERING PARENTS FB) 

Yang highlight kuning adalah pencuci yang saya sendiri gunakan untuk mencuci cloth diapers.

Detergents that is formulated for cloth diaper or best use for cloth diaper
(Available locally in Malaysia)
  • Autumnz - Baby Safe Laundry Detergent
  • Rockin' Green Detergent
  • Charlie's Soap (powder)
  • Pureen HAD (powder)
  • Pureen HAD (liquid)
  • Tiny Bubbles Detergent
  • LunaCare Detergent
  • Nellie's Laundry Soda
  • Mountain Green
  • BumGenius Diaper Detergent

Other detergents that is NOT formulated for cloth diaper BUT is said to be safe for cloth diaper
(Have been tried/ tested by others)
  • BabyOrganix Kids Wear Liquid Cleanser
  • Might Detergent
  • Fab
  • Trojan
  • Kuat Harimau
  • Cosway Ecomax Delicate Fabric Wash - for cp and cd
Others that is NOT a detergent BUT can be use to wash cloth diaper
(Note : Might not be as effective as the other detergent though)
  • Soap Nut
  • Laundry Ball
Detergents that is not suppose to use for cloth diaper
(And yet there is still people using it to wash cloth diaper)
  • Pureen Kiddiwash
  • Pureen ABD
  • Cosway Kiddiewash
  • Kao Attack
  • Nappikleen
  • Top Detergent
  • Dynamo
  • Basic H (Shaklee)
** Note: Cosway Kiddiewash has been moved to non-cloth diaper friendly category (on 18/5/2014) because it contains softening agent, optical brightener and solar bleaching catalyst.

Generally all the basic detergent can be use so long the detergent is free from additives like
- Softener
- Enyzme
- Bleach/ Whitener
- Oils

BASUHAN CLOTH DIAPERS - KALI PERTAMA

PREWASH CD

CD yang baru dibeli mesti dibasuh beberapa kali dahulu sebelum digunakan.
Tujuan:
1. Kebersihan
2. Menambah daya serapan
3. Menghilangkan natural oil jika bahan organik seperti bamboo digunakan

Prewash CD sekurang2nya 3X.

Tips:
Pada awal pemakaian , gunakan < dari 4 jam. Selepas beberapa kali basuhan seterusnya, penyerapan akan bertambah baik, boleh gunakan lebih lama.

Cara Prewash 

Basuh dahulu cloth diaper (CD) dan 'insert' (3 kali prewash) yang pertama kali hendak digunakan.

  • Tidak perlu di berus
  • Basuh menggunakan tangan/ mahupun mesin.
  • Gunakan sedikit  sabun pada basuhan pertama. Basuhan kedua dan ketiga boleh guna air sahaja
  • Bilas hingga tiada sisa sabun, perah dan jemur hingga kering.

BASUHAN HARIAN CLOTH DIAPERS

Mengurus Cloth Diapers yang Kotor

Kebanyakan ibu2 tidak membasuh cloth diapers setiap hari. Lazimnya ada 2 jenis cara utama cloth diapers yang kotor disimpan sebelum tiba hari basuhan, iaitu Dry Pail (Kering) Versus Wet Pail (Basah).

Diaper Pail

Kalau pernah dengar, the great debate, sama ada nak simpan CD kotor dalam baldi kering, ataupun dalam baldi yang berisi air.


flatwash3 
Cara yang paling mudah ( Personal Experience)

  1. Cloth diapers yang kotor dibilas najisnya dahulu. 
    • Najis solid: Semburkan dengan air ke dalam mangkuk tandas. Jika menggunakan nappy liner, lebih mudah mencuci. Sembur dan bilas nappy liner dahulu, kemudian baru cloth diapers dan insert.
    • Najis air: Bilas kedalam mangkuk tandas
    • Image result for spray cloth diapers
  2. Kumpulkan cloth diapers kotor di dalam baldi berisi sedikit air dan ditambah sedikit tea tree oil jika mahu ( jika ingin basuh selepas 3 hari keatas).

    Image result for kumpul cloth diapers dalam baldi
  3. Jika akan basuh dalam 2-3 hari, cuma perlu kumpulkan ke dalam baldi tanpa perlu tambah air atau apa2 bahan lain.
  4. Boleh pilih, basuhan mesin mahupun basuhan tangan.
    • Basuhan tangan: Berus lembut sahaja jika ada stain najis. Jangan diberus dengan kasar.

      flatwash3
      Cara mudah menurut pengalaman ibu2, sediakan plunger / pam sinki dan pembersih seperti diatas, masukkan air dan bahan pencuci, tekan dengan plunger lebih kurang 50x, kemudian bilas bawah air yang mengalir, jika ada stain boleh digosok hingga hilang.
    • Basuhan mesin: Masukkan cloth diaper cover dalam laundry net untuk mengelakkan lapisan waterproof PUL terkoyak atau butang tercabut. Insert tanpa butang tidak perlu dimasukkan dalam laundry net.
    • PASTIKAN SABUN DIBILAS BERSIH, TIADA SISA SABUN TERTINGGAL.


Sukatan sabun:
Kurangkan sukatan sabun dari basuhan baju biasa - kebiasaannya 1/4 dari sukatan biasa, basuh hingga tiada sisa sabun.

Tips tanggalkan stain ( jika ada)
Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk
menanggalkan wama kekuningan (kesan najis) sekiranya ada. Sekiranya CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja didalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh
kemudian.

Tips menaikkan putih seri insert.
Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya.
Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. Ataupun boleh dicampurkan sedikit soda bicarbonat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka yang telah dicairkan.
#Hanya insert shj, JANGAN dibuat pada CD kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar CD) yang boleh mengakibatkan kebocoran.

STRIPPING CLOTH DIAPERS - BASUHAN BERKALA

BILA DAH KERAP LEAK ( CD cepat bocor walaupun baru kencing 1x)  baru lakukan 'stripping/ strip wash' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya inner dapat berfungsi dengan baik.

Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti inner kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi CD. maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada inner.


Tuesday, 9 August 2011

Trick pakaikan CD dari newborn

Nak pakai cd dari newborn? Boleh ke?

Beberapa customer ada bertanya. Saya nak pakaikan anak cd tapi anak masih kecil, baru 2 minggu, boleh ke?

Jawapannya BOLEH sesangat!!!

Tapi.. Ada tricknya.

Pertama, baby yang baru lahir ni berak banyak kali. Kadang tengah tukar pampers pun boleh berak. So kalau pakai pampers pakai buang mmg banyak. Masa my first daughter dulu seminggu satu pack pampers. Tapi kalau nak pakai cd, nanti banyak pulak nak basuh.

First Trick!
Jangan guna insert dahulu, guna kain napkin biasa yang boleh beli kat supermarket biasa, lipat dan letak DIATAS cd, bukan dalam pocket cd.

Kalau baby berak sikit atau kencing sikit, tak kotorkan cd lagi boleh buang yang napkin atas tu ganti napkin baru dan guna cd yg sama. Ini biasa terjadi bagi baby dalam pantang. Lagipun napkin cepat kering

Second Trick!
Bila dah habis pantang dah kurang berak tapi still baby agak kecil, pakaikan 1 insert shj setiap kali, jangan pakaikan 2 insert kerana baby kecil tidak kencing banyak maka tidak perlu 2 insert.

Third Trick!
Sediakan kain napkin biasa untuk digunakan semasa kecemasan, jika semua insert CD basah, boleh gunakan CD bersama napkin biasa ( kerana CD cover lebih cepat kering berbanding insert)

Mudah shj berCD :)


Thursday, 4 August 2011

Cloth diapers / Cloth Pad menggunakan fabrik Bamboo / Bamboo Charcoal.

Apakah perbezaan cloth diapers/ cloth pad yang menggunakan fabrik bamboo mahupun bamboo charcoal? Kenapa material ini adalah pilihan yang lebih baik berbanding polyester microfiber? cotton? hemp?

WHY CHOOSE BAMBOO fabric?

· Bamboo is hypoallergenic and is great for babies with sensitive skin.
· Bamboo fabric is softer than cotton and is being recognized as one of the softest fabrics available in the market, yet it is lightweight and durable. This means bamboo cloth diapersare the most comfortable diaper choice for your baby.
· Bamboo is naturally organic, antimicrobial and antibacterial.
· Bamboo is very absorbent,able to absorb three times its weight in water and absorbs up to 60% more moisture than cotton. When your baby is wearing a bamboo cloth diaper moisture is quickly wicked away from your baby’s skin.
· Bamboo cloth diapers are breathable, reducingthe risk of bacteria by keeping the temperature inside the diaper down.
· Bamboo cloth diapers have more elasticity and are less bulky than cotton resulting in comfort for your baby.

Bamboo Charcoal?
Kelebihan warnanya yang gelap, tiada masalah staining, mudah dicuci. Tiada masalah mold mahupun bertahi lalat. 

Antara bamboo product oleh Qissara:

CLOTH PADS - BAMBOO CHARCOAL


                                         CLOTH PANTILINER - BAMBOO COTTON

bAMBOO CHARCOAL INSERT


                                                                                 

Tuesday, 2 August 2011

PENJIMATAN JIKA MENGGUNAKAN CLOTH DIAPERS

Benarkah menjimatkan jika menggunakan cloth diapers berbanding lampin pakai buang?

Jom kira!

Cost Comparison (Disposable Diaper vs Washable Diaper):

Annual Expenses for Disposable Diaper
Brand: Maxx Pxxx L-size (56 pcs) @ RM36.00.--> discounted price. Assume: 6 pcs/day.
1 Year = 365 day x 6 pcs/day = 2190 pcs, or 39 packs.
Total Cost = RM1404.--> discounted price, if not will be much higher.

Annual Expenses for Washable Diaper
10pcs set cloth diapers = RM250 - RM300
Water + Detergent + Electricity = RM20 x 12 = RM240
Total Cost = RM490-540

Annual Saving =
RM1404-RM490 = RM914!!!, and imagine the next year no need to buy any diapers
SAVE ANOTHER RM1400++the next year as no need to buy new diapers ( even if you buy another 10pcs also only cost RM300)
And save again another year
And save again for second kids etc -- with just a small fee of maintenance ( tukar mana2 yang dah rosak :) )

BONUS: No Diaper Rash, No disposed diapers, No diaper garbage/landfill...
             
Pengiraan berdasarkan pengalaman saya sendiri:

Saya guna Huggies untuk anak kedua.
1 paket RM27, saya guna 3 paket sebulan. Kos: RM27 x 3 paket x 12 bulan = RM972 setahun.

Apabila saya bertukar kepada cloth diapers:
RM250 untuk 10 set bamboo charcoal cloth diapers
Water and electricity (as above) = RM 120
6 bulan pertama, saya guna pencuci pureen HAD = RM48
Selepas itu saya menggunakan pencuci biasa, kuat harimau/ trojan (very cheap, as CD cannot be wash with detergent having softerner and enzymes etc so buy cheap one is the best :) ) = RM10

So total for maintenance: RM428 bagi penggunaan cloth diapers setahun

Savings: 972 - 428 = RM544 !
second year of life, no new CD charge: save RM794.

Contoh pengiraan oleh ibu2 dan pengguna cloth diapers yang lain ( sumber : google)

Image result for penjimatan menggunakan cloth diapers

Image result for penjimatan menggunakan cloth diapers
KESIMPULAN: JIKA PERSOALANNYA ADAKAH JIMAT MENGGUNAKAN CLOTH DIAPERS?

SEMESTINYA!!

Wednesday, 27 July 2011

OVERVIEW Menguruskan Cloth Diapers (Personal Experience)

Personal experience saya menggunakan lampin kain moden / cloth diapers.

Saya mula menggunakan cloth diapers untuk anak kedua. Terjumpa mengenai cloth diapers ketika mencari-cari alternatif kepada disposable diapers. Ini kerana anak pertama saya tidak sesuai menggunakan disposable diapers walau dah cuba pelbagai jenis jenama, pelbagai jenis cara dan pelbagai krim tambahan dan sebagainya.

CLOTH DIAPERS

Pertama sekali apabila menerima cloth diapers, saya akan 'prewash' sebelum menggunakannya.

Untuk cara2 prewash dan membasuh, boleh ke link ini:
http://qissaradotcom.blogspot.my/2011/08/cara-basuh-cloth-diaper-cd.html



Prewash penting untuk meningkatkan kadar penyerapan, terutama jika cloth diapers menggunakan fabric bamboo charcoal. Lebih banyak basuhan, lebih banyak penyerapan.

JEMUR

Image result for washing cloth diapers

Insert tanpa waterproof layer boleh dijemur dibawah matahari terik.

Bagi diaper cover / bahagian yang mempunyai waterproof layer, elakkan jemur dibawah matahari terik yang lama ( kalau jemur dan terus angkat bila dah kering biasanya boleh, biasanya bawah matahari terik hanya perlukan 2-3 jam untuk kering)

SIMPAN

Image result for washing cloth diapers

Selepas angkat, masukkan insert siap2 jika menggunakan pocket diapers baru disusun di rak. Memudahkan bila nak guna capai sahaja.

Asingkan juga daily diapers, night diapers dan diapers untuk berjalan2 jika ada.
Daily diapers waktu siang biasanya diapers yang tahan lasak dengan penyerapan sederhana, diapers patut ditukar seelok2nya setiap kali kotor / atau paling lama 4-6 jam sekali.

Night diapers mempunyai kuasa penyerapan yang lebih banyak, biasanya menggunakan booster dari bahan yang lebih menyerap agar tahan lebih lama semasa tidur.

Diapers untuk jalan2 biasanya fancy diapers / branded diapers jika ada budget lebih :D

PENGGUNAAN

Sehari biasanya memerlukan 6 set cloth diapers.
Diapers pula boleh dikumpulkan 2 hari ke 3 hari sekali sebelum dicuci ( begantung kepada stock yang ada, cara simpan diapers kotor dan cara cucian)

JANGKA HAYAT

Diapers yang digunakan hari2 secara heavy duty tahan sekitar 2 tahun atau lebih. Biasanya jika digunakan dengan cermat akan tahan lebih lama, malahan boleh disimpan untuk anak2 seterusnya.