Ketiga-tiga anak dilahirkan di Hospital Putrajaya. Bolehlah saya coretkan serba sedikit pengalaman bersalin di Hospital Putrajaya sebagai kenangan saya dan berkongsi pengalaman dengan semua.
Untuk pregnancy kali ini, follow up saya di Klinik Kesihatan Bt. 13 Puchong dan Hospital Putrajaya. Servis Klinik Kesihatan masa kini saya lihat dah terlalu banyak improvement daripada beberapa tahun lepas, dari segi SOP yang jelas dan teratur, dari segi staff yang berdedikasi dan sebagainya. Segala check up dilakukan dengan teliti dan staff2 sentiasa bersedia membantu.
Kerana masalah tertentu, pakar kelahiran telah menasihatkan saya untuk datang awal jika ada tanda kelahiran. Pagi 15hb Januari 2018, dah rasa irregular mild contraction. Ini biasanya sign early labour (tanda2 awal) dan mungkin ambil masa berhari2 sebelum betul2 bersalin. Tapi disebabkan dua anak saya sebelum ini proses kelahiran cepat, saya ambil keputusan untuk check sama ada sudah ada bukaan atau belum.
Rupanya dah ada 3cm bukaan. Memang kena tahan di ward kerana dalam kes saya perlu mulakan antibiotik sebelum kelahiran. Proses di Hospital Putrajaya juga mudah dan segalanya teratur mengikut SOP.
Pernah baca kisah2 ibu2 bersalin sebelum ini? Doktor induce, masuk ubat? bukakan jalan guna jari? masuk ubat bagi contraction kuat? Cerita2 yang kurang enak lebih banyak ditulis dari cerita yang enak. Apa-apa keraguan pun, berbincang dengan doktor. Di hospital swasta, biasanya anda dijaga oleh seorang doktor pakar. Di hospital kerajaan, anda dijaga oleh para jururawat yang arif dalam bidangnya, doktor pelatih, pegawai perubatan dan BEBERAPA doktor pakar. Anda sentiasa boleh bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan sehingga puas hati.
Saya masuk dengan mild contraction dan dengan bukaan 3cm. Namun lepas sehari di ward, 2x cuba dibukakan jalan ( biasanya orang kata kena 'seluk') still progress tak memberansangkan. Namun saya amat berterimakasih dengan doktor pakar yang kemudiannya datang round, melihat keadaan saya, menerangkan possibility kelahiran secara pembedahan ( yang semestinya saya tidak mahu kerana dua anak sebelum ini lahir normal), dengan yakin berdasarkan pengalaman beliau, bukakan jalan hingga 5cm, memecahkan air ketuban, menghantar saya ke dewan bersalin. Di dewan bersalin selepas monitor jantung baby dan contraction, memasukkan ubat untuk membantu kuatkan contraction, dan tak lama selepas itu, lahir puteri bongsu (buat masa ini) :D
Semasa tiba di dewan bersalin, banyak kali dioffer epidural. Namun saya menolak kerana pengalaman sebelum ini proses bersalin tidak lama. Pihak hospital takkan memaksa namun menjadi tanggungjawab mereka offer servis terbaik dalam SOP mereka. Dari kelahiran pertama, saya akan menggunakan gas 'entonox' sebagai penahan sakit. Dulu2 diberi dalam bentuk face mask, rupanya sekarang dalam bentuk sedut di mulut.
Gas entonox ni, memang saya akan guna sehingga betul2 lali. Memang sangat membantu. Cara guna bila start nak sakit je sedut gas tu. sedut je beberapa kali sampai rasa cam lali ...haha.. ni cara saya la. Lagi satu, saya pun ambil pethidine juga. Ada yang tak mahu ambil pethidine sbb nanti baby yang keluar pun drowsy/mengantuk.
Alat untuk menyedut gas entonox di Hospital Putrajaya
Mesin monitor jantung baby dan contraction. Selain tracing paper tu, graf juga boleh dimonitor di komputer diluar bilik bersalin oleh doktor/petugas. Disebabkan bilik bersalin hospital putrajaya untuk seorang pesakit setiap bilik, husband boleh teman.
Cara saya bersalin biasa je, tak de special birth plan etc..etc.. yang penting bagi saya anak saya dan saya sihat dan selamat :) Lain orang lain cara dan kehendak, pilihan ditangan masing2. Tiada satu cara yang 100% betul dan sesuai untuk semua orang, yang paling penting, berdoa semoga Allah BERIKAN YANG TERBAIK. Kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
Alhamdulillah 3x bersalin di Hospital Putrajaya. Semuanya pengalaman yang menyenangkan. Ketiga2 ada rezeki suami menemani semasa proses bersalin.
Isu yang selalu ditanyakan, request doktor lelaki. Ye, di hospital putrajaya tak boleh request. Pernah saya dapat doktor lelaki untuk check etc. Ni satu kekurangan hospital kerajaan. Jika saya tiada masalah kesihatan yang memerlukan pemantauan serta boleh menyebabkan masalah pada bayi, saya mungkin akan pilih Hospital Swasta disebabkan kelebihan ini (pilih doktor).
Sekian serba sedikit pengalaman semasa bersalin di Hospital Putrajaya. Kebetulan masa minggu lepas, Qissara Amanda, latest Nursing & Maternity blouse baru sampai.
Sempena New Arrival, saya buat giveaway FREE BLOUSE. Juga sempena pelancaran new FB group untuk menghargai pelanggan yang setia menyokong jenama Qissara.
Penerima bertuah FREE Blouse akan diumumkan bila-bila masa di >>> GROUP INI <<< .
JEMPUT JOIN GROUP QISSARA UNTUK DAPATKAN FREE GIFT DARI MASA KE SEMASA YA π
Qissara Amanda
New Arrival Nursing & Maternity Qissara Amanda Blouse-- Special Combo 2 Blouses for RM88 only !!
.
Nursing & Maternity Amanda by Qissara.
❤Blouse all in one..boleh pakai untuk menyusu, preggy dan non-preggy.
❤Selak je terus menyusu. Ade lapik dalam in case terselak tak nampak dalam. #selakje #takyahzip #takyahbutang
❤Sangat selesa. Kain sejuk dan stretchable. Preggy mum muat sampai 9 bulan.
❤Elegant and Gorgeous..Sesuai di pakai ke pejabat dan pakai casual.
.
.
Why this brand? Menggunakan material 'milk silk' yang
✔tahan lasak
✔sangat2 selesa, boleh meregang++ boleh pakai dari masa preggy pun..
✔tak panas
✔tak perlu iron teruk2
.
.
Harga ✔affordable ✔best!
Sehelai blouse RM 55 ✅
Pakej (2 blouse) RM 88 (save RM22) ✅✅
.
.
Boleh beli terus dkt website qissara
.
✔Jaminan PULANG WANG/ EXCHANGE dalam masa 2 minggu (seperti polisi di www.qissara.com)
✔Trusted seller
✔Terima kad kredit π³π³ di www.qissara.com
.
Satu2nya brand menggunakan fabrik milk silk yang #teramatselesa #tahanlasak #stretchable #sejuk #ironless #lembut , diimport khas ❤
.
Nak Lihat Dulu?
.
HQ Qissara Exclusive, Putra Heights Subang Jaya
Isnin - Jumaat, by appointment. Whatsapp : https://www.wasap.my/60182394830
.
Pn Liana Mahat, COD Bandar Baru Ampang ( Selangor), Jerantut dan Ulu Tembeling. Whatsapp: https://www.wasap.my/60134406210
.
Pn. Azura Daud, COD Binjai dan Chukai (Kemaman, Terengganu). Whatsapp:
https://www.wasap.my/60199173721
Tiada ulasan:
Catat Ulasan