Banyak sebab akak memilih berpantang dirumah sendiri.
- husband tak dapat ambil cuti lama
- anak2 dah masuk sekolah.
- mudah urusan check up anak dan ibu (klinik kesihatan area sini lebih cepat)
- dah pantang anak ketiga, pantang 1st and 2nd dah merasa balik Ipoh pantang rumah mak sendiri.
- mak boleh datang beberapa hari
- mak mertua dekat ( 5 minit je dari rumah)
Haaa.... punyalah banyak reason 😁
Tapi menu berpantang ni simple je. TIPS PERTAMA : Sediakan bahan basah yang ibu berpantang nak makan + bawang putih banyak2 + halia banyak2 + lada hitam banyak2. Lazat enak makan sup ikan with extra halia++++ dan lada hitam +++++. Haa... kena dengan selera akak. Rasa bosan sup, bakar, or goreng minyak sikit dan letak halia + lada hitam, cukup dah bagi akak.
Sayur -- akak banyak makan carrot + sawi sebab boleh terus masuk dalam sup. Ada juga akak makan brokoli dan kailan, semua rebus2 atau goreng minyak sikit. Kalau tiada mak or mak mertua boleh temankan, boleh ajar suami atau sesiapa yang menjaga masa berpantang mengenai masakan2 simple berpantang.
Gambar akak google jer, tapi lebih kurang gini ler lauk berpantang akak. cuma sayur tu akak minta letakkan banyak2 lagi. Sebab untuk berdiet sama :D . Jadi kita amalkan makan suku-suku separuh seperti yang dipromo oleh KKM ( suku nasi- suku lauk ikan/ daging, separuh sayur), kadang akak kurangkan portion nasi dan lebihkan portion protein seperti ikan.
Video : Suku Suku Separuh
The next day dah kena bawa baby untuk check jaundice (kuning) di klinik kesihatan. Sebab kali ni pantang di kawasan sendiri, rasa semua sudah teratur flownya, check up darah anak , nak kena pergi mana buat apa etc... banding anak2 sebelum ni sebab balik Ipoh, tak familiar kawasan KK dan hospital sana end up bawa ke private untuk check kuning etc. So kat sini kali ni DAH JIMAT KOS dan insyaAllah dapat rawatan terbaik. TIPS KEDUA: Follow SOP yang diberitahu masa discharge, cth kena ambil darah bila dan dimana, jika ada kurang pasti atau tak faham bertanya segera, insyaAllah ANAK SELAMAT IBU SELAMAT. Jangan kalau kuning atau ada apa2 masalah rujuk tempat lain dulu, kadangkala petua2 diberi memudaratkan ..huhu...
TIPS KETIGA: Survey tukang urut / confinement lady yang berdekatan dan sesuai dengan jadual kita. Kalau ada orang lain yang boleh datang dan tengokkan kita bila berpantang, serta tak kisah orang lain bawakan anak ke klinik, hatta kena warded sekalipun, bolehlah ambil pakej confinement lady ribu riban sampai 14 hari etc.. akak ada survey juga.. tapi memandangkan akak MESTI nak bawa anak ke follow up etc ( in fact Aisyah ( puteri ketiga ni) siap kena warded satu hari. Akak kena cari tukang urut yang dapat follow jadual akak ( cth pagi akak pegi klinik, dia datang petang etc). Alhamdulillah jumpa yang sesuai :)
Akak try dulu beberapa tukang urut yang datang mengurut akak sebelum bersalin. Sebab kadang2 kita rasa serasi dengan cara urutan seseorang dan ini berbeza antara satu individu ke satu individu. Akak berurut guna minyak herbanika Nona Roguy. Akak beli set bersalin Nona Roguy. Nanti akak cerita details macam mana akak pakai set ni kalau ada time :D
Mandi baby. Yang ni ramai takut. Mak akak mandi baby di sink ajer. Tapi sebab berpantang sendiri di rumah, kena sediakan gadget yang sesuai untuk hubby mandikan anak dier :D :D
Dulu akak ada tempat mandian macam ni:
Tapi kurang sesuai untuk mandikan baby, especially dari newborn sebab dia slippery. Boleh tambah anti slip mat, tapi jadi tambah satu benda asing pula, macam leceh ... esp bila nak bagi hubby mandi anak.
Jadi kali ni akak beli yang non-slip punya, banyak di pasaran, aka pilih yang harga ekonomi tapi boleh berfungsi seperti yang dikehendaki :D TIPS KEEMPAT : ANTI-SLIP BATH GADGET
Okay akak dah pakai, memang anti-slip, serve the purpose la. Dari newborn pun okay. So kalau kena mandi sendiri, or hubby ke... rasa2 kurang cekap boleh la sediakan alat ni :D
Dah mandi, nak persiapkan baby, apa yang akak pakaikan pada baby?
TIPS KELIMA: BARANG2 BABY SELEPAS MANDI
Tisu - akak pakai untuk keringkan muka / bahagian sulit / bontot. Biar betul2 kering dan bersih.
Minyak baby dan cotton bud - akak guna untuk cuci celah2 kulit yang berlipat bahagian sulit, kalau baby boy tak de la kot,baby girl kena bersihkan celah2 lipatan kulit.
Clorhexidine - ubat cuci yang dibekalkan oleh hospital untuk cuci tali pusat, guna cotton ball.
Losyen baby - untuk kulit kering, akak tak guna minayk sebab baby Aisyah jenis macam panas je kalau kena minyak, nampak muka dia merah dan tak selesa, akak beli losyen baby.
Bedak agnesia - yang ni akak letak sikittt je kalau nampak lubang bontot merah. Sebab dia ada zinc oxide, boleh mengelakkan nappy rash. Anak akak dulu2 kalau pakai jenis2 krim tak sesuai, dia nak yang kering. dulu pakai drapolene, bepanthen etc tak jadik sangat.
Minyak telon Bebiku - sapu kat perut sebelum berbarut dan di tapak kaki.
Menyusu baby, biasanya mesti cari baju yang boleh selak jer terus menyusu. Biasa cari t-shirt yang longgar2 ( kebas t-shirt hubby ler tu). Lepas tu selak keatas, masukkan kepala baby kat dalam :D. Kalau pakai t-shirt ketat, kekadang kain tshirt boleh tutup hidung bila selak nak menyusu. Kadang baby dah menangis meraung nak menyusu kita masih dok cari posisi selesa dan nak selak betul2.
Sekarang tak payah la susah2 lagi, TIPS KEENAM , dapatkan inner menyusu untuk dipakai di dalam pantang. Kenapa akak suggest inner dan bukan blouse menyusu etc?
Sebab mengikut experience akak, masa dalam pantang, mama banyak duduk di bilik, paling mudah pakai inner menyusu + sweater zip depan. Bila nak menyusu, unzip sweater dan inner menyusu ni sebab lekap di badan, kita boleh expose breast efficiently. bila selak terus expose whole puting + areola, muka baby pun tak tertutup dengan kain, kalau ada tetamu datang boleh je cover dengan sweater yang kita pakai, harga pula murah banding baju menyusu so boleh borong banyak helai untuk dipakai dalam pantang.
Ni la inner yang akak maksudkan. Yang ni produk akak sendiri, dijual di website akak di >> SINI << Memang semasa akak produce ni, akak pilih material dan design yang paling selesa untuk ibu menyusu dengan harga yang sangat mampu milik. 2 helai hanya RM49 sahaja, sangat berbaloi.
Material smooth milk silk yang sangat strethable dan selesa, tak panas dan selamat untuk baby sbb inner ni no zip no button, selak je.
Ada pelanggan akak yang prefer material lebih tebal, dia tak pakai as inner tapi pakai as shirt terus untuk tido malam, akak buatkan juga bagi yang berminat guna material milk silk velvet yang lebih tebal tapi super selesa juga. Contoh macam pic kat bawah ni, nampak textur tak berapa licin sbb teksturnya velvety sikit, tapi jangan risau, confirm selesa!
Yaang material milk silk velvet ni akak namakan sleeveless nursing shirt, boleh dapatkan di sini: (klik warna yang berkenan )
Gitulah.. simple jer
Setakat ni, itu jerlah yang akak ingat nak tulis :D :D Akak share pengalaman je, ambil yang baik, yang rasa tak sesuai tinggalkanlah, lain individu lain kehendak etc :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan