Jumaat, 20 Jun 2014

Smartbaby to adjust for big chunky thigh


Ramai yang telah mencuba, ramai yang menggemari rekaan SMARTBABY. Menurut komen:

  • Side snap membolehkan diapers ditukarkan walaupun baby tidur meniarap tanpa menelentangkan bayi.
  • Trim design kerana kebanyakan weight insert kebawah. Bagus untuk baby besar yang pee banyak dan perlu menggunakan 2 insert.
  • Lebih banyak penyerapan setiap kali guna. Ini kerana insert banyak kebawah danpenyerapan maximum, jika normal pocket cloth diapers insert agak ke atas, fungsi ini juga bagus bagi bayi yang pee banyak - heavy wetter

Jom adjust CD smartbaby untuk peha berisi. 












































Selain itu, ciri istimewa cloth diapers smartbaby kerana inner mempunyai double gusset.

Double gusset seperti dalam pic sebelah ni. Normal CD ada satu gusset iaitu leg gusset. Bbahagian yg kedut2 tepi CD tu. Tujuannya menahan najis daripada keluar / bocor

Smartbaby ada dua alur kedut2 memanjang seperti dalam pic ( double gusset)

Kira ada double penahan dari najis bocor ( esp jika buang air besar cair)












VIEW OF SMARTBABY USER IN VARIOUS POSITIONS




















TADAA.... so kalau nak cuba cloth diapers smartbaby, tokeynya di ---> SINI!!!

Jumaat, 13 Jun 2014

Isnin, 9 Jun 2014

Wet Pail + Wash


Nak cerita sikit kaedah wetpail dalam menggunakan cloth diapers
Aku rasa kaedah wetpail sangat sesuai digunakan oleh ibu2 yang berkerjaya macam aku tapi nak mempraktikkan pennggunaan cloth diapers

Ni gambar wetpail aku, yang diletakkan diluar belakang rumah agar baunya tidak mengharumkan kesegenap penjuru rumah, bekas mandian baby dah jadi wetpail sbb aku hanya basuh 2x seminggu, jadi perlukan bekas yang besar


Each time ada diapers yang kotor, aku cuma campak dan rendam dengan air paip dalam baldi ni. Airnya aku cuba untuk gantikan every 1-2days ( or at least top up and replace supaya air yang sama tidak bertakung terlalu lama)

Aku boleh kumpul hingga 3-4 hari, insyaAllah x de kulat naik dgn syarat air ditukar ganti, senang je just curah 1 baldi air dalam ni sambil tekan2 isi kandungan agar air bertukar ganti.

Bila tiba saat nak basuh aku just bilaskan, keluarkan insert dari CD dan masukkan dalam mesin basuh

Ok, ni apa yang aku pelajari dari pengalaman cara nak cuci cloth diapers , tapi aku tak berani cakap cara ni sesuai untuk SEMUA CLOTH DIAPERS kerana cara aku ni agak lain dengan cara yang biasa diajar, nanti aku terangkan reasonnya

1. Berapa banyak perlu serbuk pencuci?
Selalu disarankan tidak lebih separuh dari sukatan biasa yang digunakan untuk membasuh baju. Tapi aku kurang suka kaedah ini. Ini kerana bila aku buat begini, bau masih ada bersisa, maklumlah aku kumpulkan banyak sekalu cloth diapers untuk dicuci serentak.
Lagi pula bahan pencuci PENTING untuk mencuci segala najis dan sisa ammonia. Biasa saya letakkan lebih sedikit dari sukatan biasa basuh baju.

2. Pemilihan Serbuk pencuci
Perlu dielakkan pelembut dan pewangi dalam serbuk pencuci baju kerana bahan-bahan ini dapat mengurangkan penyerapan bagi sesuatu cloth diapers.

3. No Leftover please!
Sabun perlu dibilas sebersih2nya bagi mengelakkan berlaku enapan sabun pada insert cloth diapers yang boleh sebabkan kurang daya serapan dan meninggalkan bau kurang enak.
Cara saya bilas, selepas habis 1 cycle heavy wash, saya spin lagi satu denagn setting 'speed'

4. Gantung kering!


KENAPA SAYA GUNA SABUN LEBIH? Ni dah bertentangan dengan ajaran penjagaan cloth diapers yang saya baca di internet!

Semasa anak sy kecil dan masih menyusu badan, sy gunakan sabun pureen HAD untuk cuci, bau hilang tak de masalah. Tapi bila anak dah besar, makan macam2 dan CD pula sebab digunakan di taska, selepas guna maybe esoknya baru rendam, jadi bau agak sukar hilang (kira dah meresap sebati gitew)
Untuk tidak menyusahkan diri saya, saya masukkan sabun banyak untuk cuci semua najis-najis ni, tapi.... saya pastikan bilas sepenuhnya

Cucian pertama: heavy wash mesin basuh auto-- hilangkan semua najis
Cucian kedua: speed wash  mesin auto-- hilangkan sisa sabun

So sy basuh 2x kitaran mesin

Bila rajin, maybe 4-6 bulan sekali sy add sunlight dan buat basuhan ketiga, dan add cuka dicairkan buat basuhan keempat ( speedwash)  -- ni kira stripwash la :) buang semua sabun terenap.

Khamis, 5 Jun 2014

CLOTH DIAPERS- mudahkan yang susah












Saya mendapat soalan diatas, yang saya rasa dilema kebanyakan ibu2 yang nak pakaikan cloth diapers tapi menghadapi beberapa masalah di peringkat awal.

Bagi saya, jangan susahkan apa yang mudah. Jom tengok solutionnya:


1. Dlm pantang kalau husband x boleh basuhkan , then mula slps pantang shj, jika husband nak basuhkan buat kaedah wetpail jika stock byk, boleh cuci 2x seminggu je

2. Jika stock tak banyak boleh pakai mix cd and disposable dulu, nak start terus direct 100% cd mmg agak susah esp jika kurang support

3, Hantar anak ke taska, JANGAN suruh penjaga cuci cd, memang mereka tak mahu pakaikan nanti , just minta mereka masukkan semua dlm wetbag, balik rumah kita sendiri cuci, sy amalkan macam tu, even ada najis besar pun sy ckp jgn cuci, saya je yg cuci semuanya

HOPEFULLY MEMBANTU :)