Khamis, 21 Disember 2017

Testimoni Pengguna Bamboo Charcoal Cloth Pad Qissara

Bercerita mengenai cloth pad/ pad kain, mungkin kedengaran pelik, malah lucu bagi sesetengah. Cloth pad yang telah dimodenkan muncul apabila kesedaran mengenai bahaya bahan kimia dalam pad pakai buang yang mungkin meningkatkan risiko kanser.

Seperti kulit bayi, kulit bahagian intim wanita juga sensitif. Pelbagai masalah timbul seperti melecet, kegatalan, berbau, keputihan, infeksi dan sebagainya boleh berpunca dari alahan kepada bahan kimia yang terkandung dalam pad pakai buang serta material yang digunakan untuk menghasilkan pad pakai buang, tambahan pula jika memilih yang murah harganya.

Alternatif yang lebih selesa , jimat dan selamat dalam jangkamasa panjang, maka cloth pad moden semakin popular.

Dengan Qissara, selepas percubaan sendiri oleh owner menggunakan beberapa material, akhirnya cloth pad qissara dihasilkan dengan pemilihan material yang dirasakan memberikan keselesaan yang terbaik dengan harga mampu milik.

Paling luar sekali: Milk Silk Fabrik - sangat selesa dan tidak panas apabila bersentuhan kulit
Waterproof layer
Microfiber layer sebagai penyerap hebat.
Bamboo charcoal layer yang bersentuh dengan bahagian intim: mudah basuh, x lekat stain, mengekalkan permukaan kering, selesa dan lembut, hypoallergic.

Berikut adalah testimoni pelanggan Qissara Bamboo Charcoal Cloth Pad.



Walaupun bekerja, tiada masalah menggunakan cloth pad. cloth pad tidak bocor dan sesuai dengan pengguna yang mempunyai kulit sensitif.


Kualiti bagus,selesa dan tidak leceh pun.


Sangat membantu semasa pregnant kerana keputihan yang disebabkan hormon, juga sangat selesa. (Lagi satu, jika pregnant, pertambahan berat badan menyebabkan senang melecet celah paha. Pemakaian cloth pad melapik kulit bahagian celah paha agar tidak bergeser antara satu sama lain dan mengelakkan melecet)


Remaja 17 tahun juga memilih cloth pad. Telah mencuba beberapa brand, namun akhirnya sangat menggemari bamboo charcoal cloth pad. Pelbagai masalah kewanitaan dirasakan semakin berkurangan apabila menggunakan cloth pad.


Pelbagai jenis brand disposable pad dan pantyliner dah cuba tapi semuanya tak sesuai. Tapi dengan pad kain rasa sangat selesa.


Jimat dan selesa

Masalah kesihatan yang menyebabkan mudah terkencing apabila batuk pasti mengganggu rutin harian dan menimbulkan masalah apabila nak bersolat ketika travel/ diluar rumah. Menggunakan disposable pad memerlukan bekalan dan belanja yang banyak. Dengan cloth pad yang boleh dibasuh dan pakai semula, serta jangka hayat bertahun, membolehkan penjimatan sangat2!



Dah pakai terus jatuh cinta!


Senang basuh, tak terasa pun macan pakai pad/ pantyliner.


Selesa dan sentiasa rasa kering.