Isnin, 29 Januari 2018

Tips Berpantang Di Rumah Sendiri.

Alhamdulillah, dah masuk 2 minggu umur puteri kecik, Marissa Aisyah. Kali ni, akak berpantang dirumah sendiri sahaja. Bolehlah akak share serba sedikit tips berpantang dirumah sendiri (menurut pengalaman akak la :D )

Banyak sebab akak memilih berpantang dirumah sendiri.
  • husband tak dapat ambil cuti lama
  • anak2 dah masuk sekolah.
  • mudah urusan check up anak dan ibu (klinik kesihatan area sini lebih cepat)
  • dah pantang anak ketiga, pantang 1st and 2nd dah merasa balik Ipoh pantang rumah mak sendiri.
  • mak boleh datang beberapa hari
  • mak mertua dekat ( 5 minit je dari rumah)
Haaa.... punyalah banyak reason 😁


Ok, hari pertama bersalin, stay overnight di hospital. The next day dah boleh balik. Umi (mak akak) memang dah datang sejak hari nak bersalin. Balik rumah, umi dah siap plankan menu nak masak apa.

Tapi menu berpantang ni simple je. TIPS PERTAMA : Sediakan bahan basah yang ibu berpantang nak makan + bawang putih banyak2 + halia banyak2 + lada hitam banyak2. Lazat enak makan sup ikan with extra halia++++ dan lada hitam +++++. Haa... kena dengan selera akak. Rasa bosan sup, bakar, or goreng minyak sikit dan letak halia + lada hitam, cukup dah bagi akak.
Sayur -- akak banyak makan carrot + sawi sebab boleh terus masuk dalam sup. Ada juga akak makan brokoli dan kailan, semua rebus2 atau goreng minyak sikit. Kalau tiada mak or mak mertua boleh temankan, boleh ajar suami atau sesiapa yang menjaga masa berpantang mengenai masakan2 simple berpantang.

                                       Image result for lauk berpantang
Gambar akak google jer, tapi lebih kurang gini ler lauk berpantang akak. cuma sayur tu akak minta letakkan banyak2 lagi. Sebab untuk berdiet sama :D . Jadi kita amalkan makan suku-suku separuh seperti yang dipromo oleh KKM ( suku nasi- suku lauk ikan/ daging, separuh sayur), kadang akak kurangkan portion nasi dan lebihkan portion protein seperti ikan.

Video : Suku Suku Separuh

The next day dah kena bawa baby untuk check jaundice (kuning) di klinik kesihatan. Sebab kali ni pantang di kawasan sendiri, rasa semua sudah teratur flownya, check up darah anak , nak kena pergi mana buat apa etc... banding anak2 sebelum ni sebab balik Ipoh, tak familiar kawasan KK dan hospital sana end up bawa ke private untuk check kuning etc. So kat sini kali ni DAH JIMAT KOS dan insyaAllah dapat rawatan terbaik. TIPS KEDUA: Follow SOP yang diberitahu masa discharge, cth kena ambil darah bila dan dimana, jika ada kurang pasti atau tak faham bertanya segera, insyaAllah ANAK SELAMAT IBU SELAMAT. Jangan kalau kuning atau ada apa2 masalah rujuk tempat lain dulu, kadangkala petua2 diberi memudaratkan ..huhu...

TIPS KETIGA: Survey tukang urut / confinement lady yang berdekatan dan sesuai dengan jadual kita. Kalau ada orang lain yang boleh datang dan tengokkan kita bila berpantang, serta tak kisah orang lain bawakan anak ke klinik, hatta kena warded sekalipun, bolehlah ambil pakej confinement lady ribu riban sampai 14 hari etc.. akak ada survey juga.. tapi memandangkan akak MESTI nak bawa anak ke follow up etc ( in fact Aisyah ( puteri ketiga ni) siap kena warded satu hari. Akak kena cari tukang urut yang dapat follow jadual akak ( cth pagi akak pegi klinik, dia datang petang etc). Alhamdulillah jumpa yang sesuai :)

Akak try dulu beberapa tukang urut yang datang mengurut akak sebelum bersalin. Sebab kadang2 kita rasa serasi dengan cara urutan seseorang dan ini berbeza antara satu individu ke satu individu. Akak berurut guna minyak herbanika Nona Roguy. Akak beli set bersalin Nona Roguy. Nanti akak cerita details macam mana akak pakai set ni kalau ada time :D

Mandi baby. Yang ni ramai takut. Mak akak mandi baby di sink ajer. Tapi sebab berpantang sendiri di rumah, kena sediakan gadget yang sesuai untuk hubby mandikan anak dier :D  :D

Dulu akak ada tempat mandian macam ni:
                                                       Image result for babylove bath tub and net
Tapi kurang sesuai untuk mandikan baby, especially dari newborn sebab dia slippery. Boleh tambah anti slip mat, tapi jadi tambah satu benda asing pula, macam leceh ... esp bila nak bagi hubby mandi anak.

Jadi kali ni akak beli yang non-slip punya, banyak di pasaran, aka pilih yang harga ekonomi tapi boleh berfungsi seperti yang dikehendaki :D TIPS KEEMPAT : ANTI-SLIP BATH GADGET

Related image  Image result for babylove bath tub and net
Okay akak dah pakai, memang anti-slip, serve the purpose la. Dari newborn pun okay. So kalau kena mandi sendiri, or hubby ke... rasa2 kurang cekap boleh la sediakan alat ni :D

Dah mandi, nak persiapkan baby, apa yang akak pakaikan pada baby?


TIPS KELIMA: BARANG2 BABY SELEPAS MANDI

Tisu - akak pakai untuk keringkan muka / bahagian sulit / bontot. Biar betul2 kering dan bersih.

Minyak baby dan cotton bud - akak guna untuk cuci celah2 kulit yang berlipat bahagian sulit, kalau baby boy tak de la kot,baby girl kena bersihkan celah2 lipatan kulit.

Clorhexidine - ubat cuci yang dibekalkan oleh hospital untuk cuci tali pusat, guna cotton ball. 

Losyen baby - untuk kulit kering, akak tak guna minayk sebab baby Aisyah jenis macam panas je kalau kena minyak, nampak muka dia merah dan tak selesa, akak beli losyen baby.

Bedak agnesia - yang ni akak letak sikittt je kalau nampak lubang bontot merah. Sebab dia ada zinc oxide, boleh mengelakkan nappy rash. Anak akak dulu2 kalau pakai jenis2 krim tak sesuai, dia nak yang kering. dulu pakai drapolene, bepanthen etc tak jadik sangat.

Minyak telon Bebiku - sapu kat perut sebelum berbarut dan di tapak kaki.

Menyusu baby, biasanya mesti cari baju yang boleh selak jer terus menyusu. Biasa cari t-shirt yang longgar2 ( kebas t-shirt hubby ler tu). Lepas tu selak keatas, masukkan kepala baby kat dalam :D. Kalau pakai t-shirt ketat, kekadang kain tshirt boleh tutup hidung bila selak nak menyusu. Kadang baby dah menangis meraung nak menyusu kita masih dok cari posisi selesa dan nak selak betul2.
Sekarang tak payah la susah2 lagi, TIPS KEENAM  , dapatkan inner menyusu untuk dipakai di dalam pantang. Kenapa akak suggest inner dan bukan blouse menyusu etc?

Sebab mengikut experience akak, masa dalam pantang, mama banyak duduk di bilik, paling mudah pakai inner menyusu + sweater zip depan. Bila nak menyusu, unzip sweater dan inner menyusu ni sebab lekap di badan, kita boleh expose breast efficiently. bila selak terus expose whole puting + areola, muka baby pun tak tertutup dengan kain, kalau ada tetamu datang boleh je cover dengan sweater yang kita pakai, harga pula murah banding baju menyusu so boleh borong banyak helai untuk dipakai dalam pantang.


Ni la inner yang akak maksudkan. Yang ni produk akak sendiri, dijual di website akak di >> SINI << Memang semasa akak produce ni, akak pilih material dan design yang paling selesa untuk ibu menyusu dengan harga yang sangat mampu milik. 2 helai hanya RM49 sahaja, sangat berbaloi.

Material smooth milk silk yang sangat strethable dan selesa, tak panas dan selamat untuk baby sbb inner ni no zip no button, selak je. 

Ada pelanggan akak yang prefer material lebih tebal, dia tak pakai as inner tapi pakai as shirt terus untuk tido malam, akak buatkan juga bagi yang berminat guna material milk silk velvet yang lebih tebal tapi super selesa juga. Contoh macam pic kat bawah ni, nampak textur tak berapa licin sbb teksturnya velvety sikit, tapi jangan risau, confirm selesa! 


Yaang material milk silk velvet ni akak namakan sleeveless nursing shirt, boleh dapatkan di sini: (klik warna yang berkenan )



Gitulah.. simple jer

Setakat ni, itu jerlah yang akak ingat nak tulis :D :D Akak share pengalaman je, ambil yang baik, yang rasa tak sesuai tinggalkanlah, lain individu lain kehendak etc :)

Khamis, 25 Januari 2018

Terbeban Dengan Kos Lampin Dewasa?

Baru-baru ni saja survey, kos lampin dewasa. Mahal rupa-rupanya kos lampin kain dewasa ni.


Ramai tak terfikir mengenai lampin dewasa hingga tiba saat memerlukan. Dan bila memerlukan, kosnya boleh menjadi tinggi dan membebankan.

Alternatif kepada lampin pakai buang adalah lampin kain yang boleh dibasuh semula. Seperti pengguna lampin kanak-kanak, pengguna lampin dewasa juga boleh mengalami beberapa masalah disebabkan penggunaan lampin pakai buang. contohnya:

  • Kos yang tinggi
  • Melecet disebabkan bergesel dengan plastik atau material yang kasar.
  • Alahan bahan kimia menyebabkan merah, ruam dan kegatalan.
  • Mudah bocor terutama jika beli yang tanpa jenama/ yang murah.

LAMPIN KAIN DEWASA / ADULT CLOTH DIAPERS ( WASHABLE)

(untuk belian, klik di website link kami >> ADULT cd <<


Alternatif penggunaan lampin pakai buang. Boleh basuh dan pakai berulang kali.

Kelebihan:
  • Jimat, basuh dan pakai berulang kali.
  • Lebih selesa, tak panas atau berkuap
  • Tiada bahan kimia

Berasa leceh kerana perlu basuh?

Cuma perlu 'spray' najis solid kedalam mangkuk tandas, untuk selepas itu boleh masuk dalam mesin dan basuh hingga bersih.

Kalau perlukan lampin kain dewasa, boleh terus order di >> sini <<

Stock READY STOCK, namun adalah terhad :)

Jumaat, 19 Januari 2018

Bersalin Di Hospital Putrajaya

Alhamdulillah.... puteri ketiga telah selamat dilahirkan pada 16 January 2018.

Ketiga-tiga anak dilahirkan di Hospital Putrajaya. Bolehlah saya coretkan serba sedikit pengalaman bersalin di Hospital Putrajaya sebagai kenangan saya dan berkongsi pengalaman dengan semua.

Untuk pregnancy kali ini, follow up saya di Klinik Kesihatan Bt. 13 Puchong dan Hospital Putrajaya. Servis Klinik Kesihatan masa kini saya lihat dah terlalu banyak improvement daripada beberapa tahun lepas, dari segi SOP yang jelas dan teratur, dari segi staff yang berdedikasi dan sebagainya. Segala check up dilakukan dengan teliti dan staff2 sentiasa bersedia membantu.

Kerana masalah tertentu, pakar kelahiran telah menasihatkan saya untuk datang awal jika ada tanda kelahiran. Pagi 15hb Januari 2018, dah rasa irregular mild contraction. Ini biasanya sign early labour (tanda2 awal) dan mungkin ambil masa berhari2 sebelum betul2 bersalin. Tapi disebabkan dua anak saya sebelum ini proses kelahiran cepat, saya ambil keputusan untuk check sama ada sudah ada bukaan atau belum.

Rupanya dah ada 3cm bukaan. Memang kena tahan di ward kerana dalam kes saya perlu mulakan antibiotik sebelum kelahiran. Proses di Hospital Putrajaya juga mudah dan segalanya teratur mengikut SOP.

Pernah baca kisah2 ibu2 bersalin sebelum ini? Doktor induce, masuk ubat? bukakan jalan guna jari? masuk ubat bagi contraction kuat? Cerita2 yang kurang enak lebih  banyak ditulis dari cerita yang enak. Apa-apa keraguan pun, berbincang dengan doktor. Di hospital swasta, biasanya anda dijaga oleh seorang doktor pakar. Di hospital kerajaan, anda dijaga oleh para jururawat yang arif dalam bidangnya, doktor pelatih, pegawai perubatan dan BEBERAPA doktor pakar. Anda sentiasa boleh bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan sehingga puas hati.

Saya masuk dengan mild contraction dan dengan bukaan 3cm. Namun lepas sehari di ward, 2x cuba dibukakan jalan ( biasanya orang kata kena 'seluk') still progress tak memberansangkan. Namun saya amat berterimakasih dengan doktor pakar yang kemudiannya datang round, melihat keadaan saya, menerangkan possibility kelahiran secara pembedahan ( yang semestinya saya tidak mahu kerana dua anak sebelum ini lahir normal), dengan yakin berdasarkan pengalaman beliau, bukakan jalan hingga 5cm, memecahkan air ketuban, menghantar saya ke dewan bersalin. Di dewan bersalin selepas monitor jantung baby dan contraction, memasukkan ubat untuk membantu kuatkan contraction, dan tak lama selepas itu, lahir puteri bongsu (buat masa ini) :D

Semasa tiba di dewan bersalin, banyak kali dioffer epidural. Namun saya menolak kerana pengalaman sebelum ini proses bersalin tidak lama. Pihak hospital takkan memaksa namun menjadi tanggungjawab mereka offer servis terbaik dalam SOP mereka. Dari kelahiran pertama, saya akan menggunakan gas 'entonox' sebagai penahan sakit. Dulu2 diberi dalam bentuk face mask, rupanya sekarang dalam bentuk sedut di mulut.

Gas entonox ni, memang saya akan guna sehingga betul2 lali. Memang sangat membantu. Cara guna bila start nak sakit je sedut gas tu. sedut je beberapa kali sampai rasa cam lali ...haha.. ni cara saya la. Lagi satu, saya pun ambil pethidine juga. Ada yang tak mahu ambil pethidine sbb nanti baby yang keluar pun drowsy/mengantuk.

Alat untuk menyedut gas entonox di Hospital Putrajaya

Mesin monitor jantung baby dan contraction. Selain tracing paper tu,  graf juga boleh dimonitor di komputer diluar bilik bersalin oleh doktor/petugas. Disebabkan bilik bersalin hospital putrajaya untuk seorang pesakit setiap bilik, husband boleh teman.


Cara saya bersalin biasa je, tak de special birth plan etc..etc.. yang penting bagi saya anak saya dan saya sihat dan selamat :) Lain orang lain cara dan kehendak, pilihan ditangan masing2. Tiada satu cara yang 100% betul dan sesuai untuk semua orang, yang paling penting, berdoa semoga Allah BERIKAN YANG TERBAIK. Kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

Alhamdulillah 3x bersalin di Hospital Putrajaya. Semuanya pengalaman yang menyenangkan. Ketiga2 ada rezeki suami menemani semasa proses bersalin.

Isu yang selalu ditanyakan, request doktor lelaki. Ye, di hospital putrajaya tak boleh request. Pernah saya dapat doktor lelaki untuk check etc. Ni satu kekurangan hospital kerajaan. Jika saya tiada masalah kesihatan yang memerlukan pemantauan serta boleh menyebabkan masalah pada bayi, saya mungkin akan pilih Hospital Swasta disebabkan kelebihan ini (pilih doktor).

Sekian serba sedikit pengalaman semasa bersalin di Hospital Putrajaya. Kebetulan masa minggu lepas, Qissara Amanda, latest Nursing & Maternity blouse baru sampai.

Sempena New Arrival, saya buat giveaway FREE BLOUSE. Juga sempena pelancaran new FB group untuk menghargai pelanggan yang setia menyokong jenama Qissara.

Penerima bertuah FREE Blouse akan diumumkan bila-bila masa di >>> GROUP INI <<< . 
JEMPUT JOIN GROUP QISSARA UNTUK DAPATKAN FREE GIFT DARI MASA KE SEMASA YA 😍

Qissara Amanda

New Arrival Nursing & Maternity Qissara Amanda Blouse-- Special Combo 2 Blouses for RM88 only !!
.
Nursing & Maternity Amanda by Qissara.
❤Blouse all in one..boleh pakai untuk menyusu, preggy dan non-preggy.
❤Selak je terus menyusu. Ade lapik dalam in case terselak tak nampak dalam. #selakje #takyahzip #takyahbutang
❤Sangat selesa. Kain sejuk dan stretchable. Preggy mum muat sampai 9 bulan.
❤Elegant and Gorgeous..Sesuai di pakai ke pejabat dan pakai casual.
.
.
Why this brand? Menggunakan material 'milk silk' yang
✔tahan lasak
✔sangat2 selesa, boleh meregang++ boleh pakai dari masa preggy pun..
✔tak panas
✔tak perlu iron teruk2
.
.
Harga ✔affordable ✔best!
Sehelai blouse RM 55 ✅
Pakej (2 blouse) RM 88 (save RM22) ✅✅
.
.
Boleh beli terus dkt website qissara
.
✔Jaminan PULANG WANG/ EXCHANGE dalam masa 2 minggu (seperti polisi di www.qissara.com)
✔Trusted seller
✔Terima kad kredit 💳💳 di www.qissara.com
.
Satu2nya brand menggunakan fabrik milk silk yang #teramatselesa #tahanlasak #stretchable #sejuk #ironless #lembut , diimport khas ❤
.
Nak Lihat Dulu?
.
HQ Qissara Exclusive, Putra Heights Subang Jaya
Isnin - Jumaat, by appointment. Whatsapp : https://www.wasap.my/60182394830
.
Pn Liana Mahat, COD  Bandar Baru Ampang ( Selangor), Jerantut dan Ulu Tembeling. Whatsapp: https://www.wasap.my/60134406210
.
Pn. Azura Daud, COD Binjai dan Chukai (Kemaman, Terengganu). Whatsapp:
https://www.wasap.my/60199173721





Jumaat, 5 Januari 2018

Persediaan Bag Ke Hospital Government Untuk Bersalin

Salam Pembuka Kata. Ramai mak-mak yang risau masa packing beg pergi ke hospital. Takut tertinggal barang, missed out important things etc.

Mak anak 2 nak masuk 3 ni baru kemas beg semalam, dah 36 wks+, nasib baik tak terberanak lagi. Dua anak yang lepas bersalin di hospital kerajaan jugak. Sebab tu buat entry specific untuk packing beg bersalin di hospital kerajaan (mengikut pengalaman sendiri lah :D )

Mama sediakan 2 beg. Beg yang pertama biasa isi baju mama dan baby. Biasanya mama ambil beg beroda senang nak bawa, dan beg yang ada 2 kompartment, boleh asingkan barang mama dan baby.

Beg cabin size biasa just nice untuk masukkan barang2 mama dan baby. Beg ni ada 2 kompartment jadi senang asingkan barang mama dan baby.

First, pack barang mama dulu. Item yang first dimasukkan (letak dibawah sekali) ialah sepasang baju ( nursing friendly ) dan seluar yang selesa (mama tak berapa pandai pakai kain batik..😃 ). Letak bawah sekali sebab biasa kalau di hospital kerajaan , disediakan pakaian hospital untuk pakai sepanjang masa, bila nak keluar ward je pakai pakaian sendiri. Sebab tu sepasang je.



Baju nursing friendly jenis selak je. Tak de zip atau butang, tak la risau zip terguris kulit baby, atau butang masuk dalam mulut baby etc. Seluar pula, mama sediakan palazzo qissara. Sebab mama tak pandai pakai kain batik, nanti tersadung masa jalan, terlondeh ke, jatuh naya! Baju nursing friendly mama semua dari www.qissara.com. 

Palazzo pun sama, brand sendiri jugak (haha... jangan cakap mama syok sendiri tau!).
Bukan apa, sbb palazzo Qissara ni dibuat maternity friendly with adjustable waistband.

Beza dengan palazzo biasa adalah bahagian CAWAT seluar lebih panjang (kerana masa preggy seluar ni boleh pakai atas pada perut, untuk cover perut). Bila dah bersalin, adjust pinggang jadi kecik sikit, cawat yang panjang tu memberikan ruang yang cukup dan selesa dibahagian intim, yer la baru bersalin  kan sensitif ada jahit, luka etc, jadi bila cawat panjang macam ni tak terasa, ala2 macam pakai kain jugak ler. 

Untuk mama lebih selamat pakai palazzo ni dari pakai kain sbb mama ni clumsy sikit dan tak pandai pakai kain batik. Ehehe...


Lepas tu masukkan tuala, kain batik. Tuala mama bawa size sederhana je sebab beg kecik. kain batik sehelai, in case nak guna untuk apa2 (lapik/ tutup/ apa2 jer la) kira persediaan emergency la.


Lepas tu toiletries. Ada yang boleh buat pek kecil, mama buat dalam bentuk pek kecil2. Sabun, berus gigi, ubat gigi, sikat, mama bawa yang dapat dari hotel, boleh pakai buang. Bawak la bedak muka kecik kalau tak sempat nak make up langsung tenyeh bedak sket bagi nampak rupa tu senonoh sket. :D. Panties pun mama ada bawa yang disposable, kalau duduk di hospital, bawa yang disposable je, nanti terkena darah buang terus. Masa nak balik je mama pakai panties biasa.

Tak de dalam pic ni, mama bawa juga Nursing bra dan Panties biasa (ehh.. idok le snap pic tunjuk sebab bra tu dari masa pregnant lagi dah pakai.

Masa preggy tak leh pakai bra yang dulu2, dengan span , moulded cup, kadang ada underwire bagai, sebab tu mama start pakai nursing bra dari masa preggy lagi) Nursing bra pun ada di www.qissara.com, ada pakej jimat beli 3 helai or 4 helai sekaligus :)



Haaa... yang ni maybe korang tengok pelik sikit. Yang warna putih bersih tu tau la, disposable maternity pad. Yang warna deep grey tu??

Ni la washable cloth pad. Mama kalau boleh nak mudah, pakai dan buang di hospital. Tapi mama masih bawa washable cloth pad ni sebab takut2 tak selesa pakai disposable pad, jadi gatal2 sebab material or chemical etc. 

Cloth pad mama ni dari fabrik bamboo charcoal, permukaannya stay dry, lembut dan sebab tak de chemical tak delah mama jadi gatal2 alahan. Ada wing jadi bahagian celah paha pun ada lapik dengan pad, coverage lebih untuk mengelakkan kebocoran.

Jangan risau memang pad ni ada waterproof layer, insyaAllah tak bocor. Banyak jenis washable cloth pad dengan pelbagai jenis material di pasaran, tapi mama memang pengguna setia bamboo charcoal :D  :D. Yang paling mama suka sebab TAK LEKAT STAIN dan MUDAH JAGA, tak de naik kulat ke , tahi lalat ke etc etc.

Cloth pad ni pun dari Qissara jugak :D maaf le .. mama ni memang kalau dah jatuh cinta dengan sesuatu, suka nak pergi jual benda tu, sebarkan kebaikan la bak kata orang. Kalau tengok ada pelbagai size, yang paling panjang tu sama panjang dengan maternity pad. Yang lain kecik2 sikit kalau tak mau bulky sangat.


Selalu mama packing macam ni, dalam wetbag. Wetbag ni sebenarnya waterproof bag, nanti baju2 kotor, panties ada kesan darah, cloth pad etc semua boleh masuk dalam bag ni bila nak balik nanti.
3 beg ni ada nursing bra and panties, ada cloth pads dan ada toiletries. Tapi bila dah packing cam ni beg mama tak muat pula..haha... jadi certain things mama keluarkan dari beg ni. Mama still bawa wetbag ni sbb memang multipurpose boleh guna macam2.

Kalau kat hospital kerajaan ,especially dapat bilik sharing, bila nak masuk toilet or kemana2, RISAU TAKUT BARANG BERHARGA HILANG, kan? Barang berharga mama banyak, ada wallet dan 2 handphone ( satu personal phone, satu business phone), takkan nak bawa handbag pulak masuk toilet?

Jadi mama masukkan dalam wetbag ni, wetbag ni ada tali yang ada butang, boleh gantung dimana2 dalam toilet, kat towel rail ke etc, lagipun sebab waterproof, barang2 kat dalam tu tak basah walau terkena air diluar bag. DAPAT KAT MANA? korang dah boleh agak la ada di Qissara jugak , hehe.

Keperluan lain:
Baju sejuk
Stokin
Tudung dan anak tudung
Getah rambut
Tisu

Barang baby pula:
Baju mama bawa 3 pasang, barut, bedung , disposable diapers ( balik rumah kita pakai cloth diapers ye nakkk), kain lap ( atau kain napkin), mitten and booties or stokin baby, baby wipes, tuala baby. 
Jangan lupa juga toiletries untuk baby.


Dah siap masuk dalam beg.... tada... satu bahagian mama, satu bahagian baby (tapi mama ada tumpang barang sikit :D)


Yang kat bawah ni pula, barang2 yang dibawa ke bilik bersalin. Mama masukkan dalam beg asing. Kain batik, baby oil ( nurse minta masa nak bersalin , untuk licinkan laluan), sepasang baju baby, diapers, bedung, wet tissue, BUKU PINK + GL / insurance letter etc + beg make up :D + wallet, hanphone etc ( tak bawak handbag dah, semua masuk 1 bag je). Jika bawa wallet pastikan duit sedikit sahaja dan tinggalkan yang lain2 tak penting seperti kad kredit. Tak bawa wallet pun boleh juga.


Botol air pun bawak jugak. Ada orang masukkan semua ni dalam handbag, tapi mama masukkan dalam bag macam ni je, pass pada husband untuk pegang. Nanti husband nak ambil barang jika nurse minta, senang.


Tadaaaaaa..... dah siap dah bag mama :D :D


Kronologi Penggunaan Barang.

SEBELUM KE HOSPITAL

    • Jika rabun, jangan pakai contact lens, bahaya jika pakai lebih masa etc. Pakai terus cermin mata dari rumah. Tinggalkan contact lens dirumah.
    • Tanggalkan semua barang kemas dan tinggalkan dirumah.
    • Bawa duit sedikit sahaja, tinggalkan wallet jika boleh (tapi kad pengenalan jangan lupa)

    Kaunter pendaftaran: 
    • Kad pengenalan
    • GL/ insurance letter
    • Buku pink / buku rekod check up mengandung
    • apa2 surat dari pihak majikan/ insurance/ klinik rawatan sebelum ini
    Check in Bilik Bersalin
    • Air masak untuk minum - jika dibenarkan doktor
    • Sedikit kudapan - jika dibenarkan doktor
    • Encik SUAMI disisi :D :D
    • baby oil nurse maybe minta semasa bukaan makin besar
    • kain batik dan sepersalinan baju bayi, bedung etc.
    Keperluan Ibu Dalam Ward
    • Tuala , toiletries, make up
    • Stokin ( 2 pasang atau lebih)
    • Baju nursing friendly + seluar yang longgar (sepasang untuk dipakais emasa discharge ward) sepanjang dalam ward pakai baju disediakan hospital.
    • Nursing bra, panties, pad.
    • Baju sejuk
    • Tudung
    • Kain batik - standby
    • Selipar (jika tidak memakai selipar yang bersesuaian semasa datang ke hospital)
    • Getah rambut
    • CHARGER HANDPHONE
    Keperluan Bayi Semasa Dalam Ward
    • Pakaianbayi - 3 pasang minima
    • Disposable diapers
    • Tuala bayi, napkin, kain lap, barut, bedung
    • Wet tissue, toiletries bayi

    Keperluan Lain2
    • Minuman 3 in 1, nestum , biskut kering untuk alas perut etc
    • Cawan dan sudu
    • Minyak angin jika mahu, khas untuk ibu, saya bawa minyak Herbanika Nonaroguy.

    Mama doakan ibu2 yang membaca coretan mama ni diberikan proses bersalin yang mudah, menggembirakan dan selamat. Semoga kedua2 ibu dan anak selamat sejahtera :D

    Link2 item yang mama sebutkan diatas:

    Bagi DESKTOP/ LAPTOP
    Klik pada link dibawah:


    Bagi MOBILE
    Klik pada link dibawah:


                                   PROMO BLOUSE PERCUMA KEPADA PELANGGAN QISSARA


    Belum menjadi pelanggan Qissara? Wahhh banyak sis terlepas tau! sila kunjungi segera www.qissara.com


    Selasa, 2 Januari 2018

    🌷Anak (Inner) Tudung Kanak2 (umur 5 -15 thn)🌷

    MA, TAK DE KE ANAK TUDUNG KHAS UNTUK ADIK PAKAI PERGI SEKOLAH?
    🌷Anak (Inner) Tudung Kanak2 (umur 5 -15 thn)🌷
    ------------ ------------ ------------ ------------ ------------
    Harga Terlajak Murah RM5/helai je.
    SPECIAL SANGAT CIRI2 ANAK TUDUNG KANAK2 QISSARA 👍❤
    .
    🌷Fabrik SPECIAL : Milk Silk Velvet: Lembut, Selesa, x panas, tudung tak mudah melurut ( x licin).
    .
    🌷Rekaan SPECIAL: Kedua2 bukaan inner boleh digunakan sebagai bahagian hadapan.
    .
    Satu bukaan adalah jahitan sepenuhnya untuk keselesaan kepala anak2 kecil. Dijahit 'Double Trim' agar kemas terletak dan tak de kedut2 bahagian depan inner.
    .
    Satu bukaan lagi mempunyai slit yang membolehkan inner expand. Boleh muat hingga anak remaja 15 tahun 😊
    🌷Fabrik Berkualiti dan JAHITAN YANG KEMAS! InsyaAllah tahan lasak dan tahan lama👍.
    TIPS ANAK SEKOLAH.
    🌷 Kebiasaannya warna pilihan hitam, cream, light grey.
    🌷Warna lain juga boleh dipilih untuk MEMUDAHKAN ANAK CAM ANAK TUDUNGNYA. Warna 'Mocha' paling sesuai. Untuk sekolah agama cantik juga jika pilih warna 'emerald green' 😊
    🌷Ada ibu bapa memilih warna berbeza2 untuk hari berbeza2 supaya memastikan anak tukar anak tudungnya setiap hari😊

    🌷Order di sini: http://goo.gl/UGFVn4

    🌷Order di sini: http://goo.gl/UGFVn4

    🌷Order di sini: http://goo.gl/UGFVn4