http://www.bettermoms.blogspot.com
Teringat kembali kali pertama membeli cd apabila membaca mengenai contest ni. cd pertama pilihan ku adalah cd bamboo charcoal dari bettermoms cloth diapers.. 8 keping ku borong masa tu. masa tu budget cuma cukup utk beli 8 cd jer.. perancangan awal ingin di gunakan untuk anakku yg kedua (3tahun) sahaja yang berkulit sensitif, tapi akhirnya kini adikknya 11 bulan yang guna. kebetulan cuttingnya amat sesuai sekali dengan adikknya.
Pada permulaan pemakaian cd, habis naik ruam Ainu (adik). Pelik juga, kerana Ainu kulitnya tidak sensitif seperti kakaknya. Mula-mula 3jam sekali ku tukar cd nya. Selepas itu jadi setiap 2 jam sekali. Hampir dua minggu juga naik ruam. Kesian ku tengok ainu.. mengaru-garu setiap kali ku buka cd nya. Takkan la bamboo charcoal tidak sesuai kot... ku cuba lg baca comment ibu-ibu di MCDP.. sebelum ini ku guna mesin basuh jer apabila membasuh cd. Akhirnya ku ambil keputusan basuh guna tangan jer cd Ainu.. rasanya ruam dia terjadi sebab terlebih letak sabun. Kebaikkan basuh guna tangan ni kita tau bilasan kita betul-betul sudah bersih. guna mesin basuh hanya untuk spin jer. Selepas tu barulah kulit ainu ok... memang perlu tau banyak perkara juga sebelum ber cd ni.. Dah hampir sebulan guna cd, aku buat stripwash pulak. guna sunlight jer.. Alhamdulillah cd semakin ok serapannya.
Selepas itu aku ada beli 2/3 keping cd dari brand lain. Tapi cuttingnya tidak sesedap memakai cd babyland ni. Tqvm bettermoms... insert bamboo charcoal pula senang serap air dan cepat pula kering berbanding insert mikrofiber dan insert zorbII. Sekarang ni aku tengah berkira-kira hendak menambah stok cd dan insert bamboo charcoal ku. Harap-harap ada budget untuk beli lagi. cd Ainu pun hanya cukup untuk 2 hari jer. Suamiku baru-baru ini memuji mengatakan cd ni jimat. Tak payah beli bulan-bulan macam dd dulu. Design pun cantik-cantik belaka.
Apa-apa pun aku ingin mengucapkan terima kasih kepada bettermoms. Memang rasa berbaloi beli cd bamboo charcoal ni... ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan