Dulu aku ingat lagi masa aku preggy dulu susah sangat nak cari maternity and nursing attire. Ada tu ada tapi tak banyak pilihan dan yang limited tu pula mahal.. maternity dress and blouse yang aku beli dulu semua singkat2. Bila pikir2 sekarang rasa cam pelik aku boleh pakai baju singkat cam tu. Kira atas buku lali lah. Sbb aku kan tinggi. Maternity blouse pula silap terselak sikit nampak la perutnya. Dan most of baju aku dulu tgn tiga suku. Lps tu bila maternity baju lain. Nursing baju lain. Tak ke byk kos nak keluar beli semua tu.
Nursing lingerie pula masa tu susah nak jumpa yang comfortable. Aku ingat lagi aku beli nursing lingerie triumph paling sempoi pun 2 helai lebih rm150. Aku beli 2 helai je dulu masa tu. Sbb rasa cam mahal compare to very simple nursing bra.
Masa tu tak ramai lagi online seller. Kat butik2 ada tapi harga butik2 la. Young parents cam aku ni banyak lagi benda penting untuk salurkan budget.
Sekarang ni dah ramai online seller jual maternity and nursing attire. Maybe sebab pasaran di Malaysia bagus. Big family dan urusan perniagaan online mudah dengan online banking dan servis pos.
Nak share sikit tips nak beli nursing lingerie.
Nursing lingerie selalunya dibuat bersesuaian dengan maternity sekali. Biasa material yang diguna soft, comfortable dan flexible.
Bila pregnant dan perut semakin membesar, ukur lilit badan pun makin membesar ( sementara). Sebab itu satu lagi kelebihan adalah jika beli nursing bra yang ada free extender.
Free extender ni biasa ibu2 pakai semasa preggy. Bila dah bersalin ukur lilit badan akan turun semula tapi cup bra biasanya remain selagi ibu menyusu.
Terdapat pelbagai range harga untuk nursing bra sekarang ni. Yg comfortable pun boleh dapat serendah rm19.90. Yang bagus dan memang puas hati range rm39.90 ke rm60. Memang best kalau sekarang banyak sangat pilihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan