Bila saya survey2, google2, tanya2, dan berdasarkan pengalaman sendiri, 2 sebab utama pengasuh tidak gemar pakaikan cloth diapers;
1. Kerap bocor, terutama sekali jika terlambat tukar
2. Berbau hancing
Dalam post kali ni saya nak terangkan senario yang pertama dahulu. Pakaikan anak dengan normal pocket cloth diapers, bila di rumah kita akan tukar paling lama pun 4 jam sekali, atau jika sudah bau kencing , kita tukar. Tak de masalah bocor. Bagaimana di babysitter house bocor?
Kadangkala babysitter jaga lebih dari seorang anak kecil, tambahan babysitter juga ada urusan rumahtangga yang perlu diselesaikan, maka sesekali terlajak lebih dari 4 jam tak tukar diapers, bila terlupa tukar, CD BOCOR sbb baby dah heavy wetter... dah jadi kerja nak bersihkan najis yang maybe lekat pada tilam or pada kusyen dan sebagainya....
Tapi dah pakai 2 insert kenapa bocor juga? Saya dapati salah satu masalah adalah dari segi design, masalah kebocoran dapat dikurangkan dengan menggunakan keupayaan penyerapan insert sepenuhnya
Bila anda pakaikan cloth diapers biasa (pocket diapers ) sebahagian insert akan berada dibahagian pusat dan mungkin atas lagi. Kawasan ini biasanya tidak dibasahi dengan jika baby pee kerana terletak di bahagian atas.
Perhatikan cloth diapers dibawah ini
Ini Smartbaby Cloth Diapers
Bahagian belakang berelastik, sama seperti diapers biasa
Bahagian hadapan juga berelastik ( unik banding pocket diapers biasa)
Bahagian butang disisi ( side snap)
Bahagian hadapan, insert kelihatan memenuhi hadapan, kurang di bahagian atas
Lihat insert lebih kebawah daripada kebelakang. Bila insert kebawah, ia boleh menyerap pee lebih banyak
Bila berdiri, boleh lihat insert lebih kebawah, pinggang berada pada pusat atau bawah sikit dan bukan atas pusat, bila pee dah berat, insert akan lebih kebawah kerana berat dan penyerapan pee lebih banyak banding kebanyakan normal design pee.
Ni lagi satu close up, CD penuh tu sbb baru bangun tidur.. hua..hua..hua
Kesimpulannya, Smartbaby memang susah bocor berbanding normal diapers kerana designnya yang unik. Jika tak percaya cubalah :)
Oh ya, banyak lagi nak cerita tapi lain kali ya .. bye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan