Khamis, 21 Ogos 2014

Apakah lampin kain moden / cloth diapers?

Dear All, dulu- dulu  cloth diapers ni kira benda baru. Masa sy baru start cloth diapers untuk Sarah 2011, masa tu macam baru nak popular cloth diapers untuk baby.
Masa tu ada ramai cloth diapers seller, yang tumbuh bak cendawan lepas hujan. Sebab apa? Sebab permintaan masa tu tinggi, kira macam in-trend untuk ibu2 pakaikan cloth diapers.


Masa tu, cloth diapers ni biasa kita divide 2 categori, kategori eksklusif a.k.a mahal dan kategori ekonomi.

Kategori eksklusif biasa dari Europe/US, yang ekonomi biasa dari China.

Disebabkan ramai seller, harga pasaran mula turun. At one point , sekarang tak berapa ramai seller cloth diapers macam dulu kerana tidak mendapat keuntungan yang setimpal ( biasanya seller kecil-an yang susah nak maintain).

Sekarang, cloth diapers tidak begitu hangat seperti mula2 dulu. Cloth diapers memang diakui ramai pilihan yang baik untuk anak kerana tidak melibatkan penggunaan bahan kimia sebagai bahan penyerap, lebih selamat dan lebih natural. Lagipun cloth diapers dapat menjimatkan duit dalam jangka masa panjang.

Tetapi dalam ibu-ibu mengakui kelebihan cloth diapers, ramai juga yang masih belum bertukar kepada cloth diapers. Antara beberapa faktor yang dilihat menjadi penyebab ibu2 tidak memilih cloth diapers:

1.     Berasa susah nak jaga dan maintain cloth diapers
2.     Mendapat masalah apabila menggunakan cloth diapers seperti anak naik ruam dan sebagainya.
3.     Tak sempat nak cuci cloth diapers

4.     Pengasuh tak mahu pakaikan cloth diapers.



---BERSAMBUNG DI PART 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan