Dulu masa first preggy, tak kenal lagi ( atau mungkin tak de lagi) pembelian secara online. Masa tu pun baru kerja, dengan nak sambut anak sulung, kewangan tu tak berapa nak stable.
Masa tu tak tahu nak beli kat mana kecuali supermarket, masa tu jenama terkenal je ada, cth Triumph ke etc, aku beli Triumph sbb yg tu paling murah.. tapi still mahalnya ya ampunnn!!!!
Beli yg simple tak de padding pun masa tu rasanya RM80++, aku beli 2 helai je kot sbb rasa macam mahal sgt. 2 helai dah RM160 kau..
Tak lama lps tu ada la aku jumpa yg murah, tak tau kat mana, tapi material dia tak selesa sgt. tapi beli je la sbb murah.
Apa itu nursing bra?
Nursing bra dibuat khas untuk ibu-ibu yang menyusui bayi.
Ia berlainan sedikit dari bra-bra biasa yang terdapat di pasaran di mana terdapat klip bukaan di bahagian nipple.
Klip bukaan juga mudah untuk dibuka dan dipasang kembali dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada anda apabila menyusui bayi di tempat awam.
Mengapa kebanyakan nursing bra yang terdapat di pasaran non-wired bra?
Dikatakan, Ibu-ibu menyusu tidak digalakkan untuk memakai wired bra. Ini adalah kerana jika wired bra ketat ianya boleh menyekat pengeluaran susu yang akan membawa kepada breast menjadi bengkak. Walaubagaimanapun ini tidak benar mengikut kajian saintifik:
READ HERE
READ HERE
Memakai nursing bra yang ada underwired, boleh?
Kesimpulan tidak elok memakai bra menyusu yang terlalu ketat dan menyekat saluran susu, perkara yang sama boleh berlaku dengan bra berdawai atau tanpa dawai yang dipakai ketat. Bra berdawai menjadi pilihan bagi mereka yang sudah biasa pakai bra berdawai dan dapat memberikan support dari segi bentuk breast dari bawah dan tepi. Syaratnya, sama ada berdawai atau tidak, PILIH SIZE YANG SESUAI.
Jika memakai bra tanpa dawai yang longgar sehingga naik ke breast dan menekan breast juga tidak elok banding memakai yang berdawai yang dengan adanya dawai memastikan bra terletak bawah breast-line dan bukannya di atas breast.
Jika memakai bra tanpa dawai yang longgar sehingga naik ke breast dan menekan breast juga tidak elok banding memakai yang berdawai yang dengan adanya dawai memastikan bra terletak bawah breast-line dan bukannya di atas breast.
Bila masa yang sesuai untuk membeli nursing bra?
Bagi anda yang sedang mengandung bolehlah mula membeli nursing bra pada usia kandungan berada di trimester ketiga. Kebiasaannya pada masa ini, saiz bra sudah boleh ditentukan. Biasanya semasa mengandung, saiz bra akan naik 1-2band dan cup size. Bagi nursing bra ada juga yang disediakan dengan free extender seperti di SINI
Berapa helai nak beli?
Perlu diingat jika menyusu bra mudah dicemari oleh susu, yang jika dibiarkan lama akan mengeluarkan bau yang kurang enak. Penting agar bra menyusu material selesa seperti cotton, microfiber, etc, mudah serap peluh, mudah kering. Sekurangnya2 sediakan 6- 12 helai mengikut kemampuan dan sediakan breatpad juga ( disposable or washable)
PengenalanQissara - Kara baru, design seperti sport bra, hanya perlu selakkan untuk menyusu. Sangat comfortable.
Kebanyakan bra yang kami bawakan mesti ada space lagi jika nak letakkan breastpad, ini penting bagi mengelakkan spill up milk di pakaian.
Memandangkan sekarang nursing bra boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan di kedai2 online, diharap2 ibu2 boleh menyusu bayi dengan lebih selesa banding betapa mahalnya dan seksanya nak cari nursing bra time saya dulu.. huhu
OK, TQ for reading, Adiosss!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan