Selasa, 30 Disember 2014

Bagaimana nak beli cloth diapers dan berjimat?

Jika anda anak seorang, berapa disposable diapers anda beli setiap  bulan? 2 paket?
Berapa harganya? RM60 untuk 2 paket? Atau lebih?

 

**both pic googled, watermark as stated :)

Anak anda pula allergic, tak boleh pakai sembarangan , nak jenama mahal je..hehe.. lagi mahal lah , kan?

Kalau anda ada 2 anak, yang sulung dah kurang pakai diapers, sebulan 1 paket?
Kiranya minimum 3 paketlah kan, sebulan? 

Apa lagi kalau musim anak cirit..huhu… 1 paket tak samapai seminggu , kot..

Lagipun, kalau diapers yang dah basah dengan najis, activatekan chemical2 dalam diapers, gel2 penyerap etc, dan anak kita 24jam sentiasa expose kepada chemical ini, adakah menyebabkan bahaya? Cancer? Tak tahu… banyak spekulasi begini.

Kerana spekulasi, dan kerana inginkan penjimatan, sebab tu ramai ibu bapa yang cari kaedah yang lebih natural dan jimat.

Washable nappies, sangat natural, kan? Pakai kain macam mama kita dulu-dulu. Tapi kalau pakai lampin kain tradisional, agak kurang praktikal bagi sesetengan ibu bapa, apatah lagi jika orang lain yang jaga baby. Sebab tu, modern washable cloth diapers mula muncul di pasaran.

Washable cloth diapers direka agar penggunaannya seperti menggunakan lampin pakai buang, tapi boleh basuh. Atas kesedaran diatas juga, saya mula bawa masuk cloth diapers sejak bersalinkan 2ndbaby saya pada 2011.

Sekarang terdapat pelbagai cloth diapers di pasaran. Tapi kebanyakan yang cantik dan berkualiti tinggi dijual di Negara-negara eropah/ barat. Material bamboo charcoal, bamboo fiber agak susah didapati kecuali dari few seller di sini. Reasonnya kerana material ini kategori premium, lebih mahal and of course lebih banyak kelebihan.

Saya survey2 harga diapers bamboo di amazon, yang ada double leakguard saya jumpa almost 10pound sterling, convertlah berapa, mahal tu..huhu… macam mana nak jimat macam ni.

Ramai juga online seller yang dahulu rancak jual cloth diapers, dah stop. Sebab susah nak maintain harga dalam pasaran Malaysia. Kos yang mahal dan harga jualan yang rendah menyebabkan ramai seller tukar jual benda lain.

Pilihan kami, kami hasilkan jenama sendiri. Smartbaby cloth diapers kami dihasilkan  oleh kami dengan usahasama kilang di China. InsyaAllah .. kami menjaga kualiti agar dapat berikan kepuasan terbaik buat anda.

Harga kami tawarkan antara yang termurah dalam kelas kualiti yang sama. Kami kekalkan penggunaan material bamboo charcoal dalam pembuatan inner kerana kami mahu pastikan pengalaman ibu-ibu dalam bercloth diapers adalah pengalaman indah dan mudah. Tak risau anak naik allergic rash, tak risau anak exposed to chemical, tak risau nak kena keluar duit beli diapers bulan-bulan, tak risau diapers naik kulat kalau lambat basuh ( boleh basuh 2 x seminggu je..)

Kerana kami tawarkan harga murah dengan kualiti yang bagus, kami masih bertahan jual cloth diapers hingga ke hari ini. Kalau online je kami boleh bertahan dengan harga ni, jika kami buka kedai, kami pasti perlu menaikkan harga kerana margin keuntungan rendah tak dapat cover cost kedai, so buat masa ni, kami jual online jer lah :)

Jimat ke pakai cloth diapers?

Jom buat kira-kira, jika sebulan 3 paket diapers lebih kurang RM90?
Cloth diapers beli 5 helai RM140 less 10% jd RM126.
Dinasihatkan ada 10-15 diapers bergantung kepada berapa kerap anda membasuh

Kalau 10 keping RM126 x 2 : RM252
Selepas itu anda hanya perlu keluar kos sabun dan kos air je setiap bulan, diaper ni tahan bertahun, boleh share antara adaik beradik sebab size boleh adjust S till L.

Banding RM90 x 12 bulan: RM1080


ERMM.. APA LAGI, JOM JIMAT LER.. TAK SUSAH.. IBU BEKERJAYA PUN BOLEH.

Jumaat, 31 Oktober 2014

Memilih Bra Menyusu (Khas buat bakal ibu / ibu2)

Jom buka discussion regarding nursing bra. Macam mana nak pilih nursing bra? banyak di pasaran, macam2 jenis, macam2 harga.

Dulu masa first preggy, tak kenal lagi ( atau mungkin tak de lagi) pembelian secara online. Masa tu pun baru kerja, dengan nak sambut anak sulung, kewangan tu tak berapa nak stable.

Masa tu tak tahu nak beli kat mana kecuali supermarket, masa tu jenama terkenal je ada, cth Triumph ke etc, aku beli Triumph sbb yg tu paling murah.. tapi still mahalnya ya ampunnn!!!!

Beli yg simple tak de padding pun masa tu rasanya RM80++, aku beli 2 helai je kot sbb rasa macam mahal sgt. 2 helai dah RM160 kau..

Tak lama lps tu ada la aku jumpa yg murah, tak tau kat mana, tapi material dia tak selesa sgt. tapi beli je la sbb murah.

Apa itu nursing bra?
Nursing bra dibuat khas untuk ibu-ibu yang menyusui bayi. 
Ia berlainan sedikit dari bra-bra biasa yang terdapat di pasaran di mana terdapat klip bukaan di bahagian nipple. 
Klip bukaan juga mudah untuk dibuka dan dipasang kembali dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada anda apabila menyusui bayi di tempat awam.
Mengapa kebanyakan nursing bra yang terdapat di pasaran non-wired bra?
Dikatakan, Ibu-ibu menyusu tidak digalakkan untuk memakai wired bra. Ini adalah kerana jika wired bra ketat ianya boleh menyekat pengeluaran susu yang akan membawa kepada breast menjadi bengkak. Walaubagaimanapun ini tidak benar mengikut kajian saintifik:
READ HERE
Memakai nursing bra yang ada underwired, boleh?
Kesimpulan tidak elok memakai bra menyusu yang terlalu ketat dan menyekat saluran susu, perkara yang sama boleh berlaku dengan bra berdawai atau tanpa dawai yang dipakai ketat. Bra berdawai menjadi pilihan bagi mereka yang sudah biasa pakai bra berdawai dan dapat memberikan support dari segi bentuk breast dari bawah dan tepi. Syaratnya, sama ada berdawai atau tidak, PILIH SIZE YANG SESUAI.

Jika memakai bra tanpa dawai yang longgar sehingga naik ke breast dan menekan breast juga tidak elok banding memakai yang berdawai yang dengan adanya dawai memastikan bra terletak bawah breast-line dan bukannya di atas breast.
Bila masa yang sesuai untuk membeli nursing bra?
Bagi anda yang sedang mengandung bolehlah mula membeli nursing bra pada usia kandungan berada di trimester ketiga. Kebiasaannya pada masa ini, saiz bra sudah boleh ditentukan. Biasanya semasa mengandung, saiz bra akan naik 1-2band dan cup size. Bagi nursing bra ada juga yang disediakan dengan free extender seperti di SINI
Berapa helai nak beli?

Perlu diingat jika menyusu bra mudah dicemari oleh susu, yang jika dibiarkan lama akan mengeluarkan bau yang kurang enak. Penting agar bra menyusu material selesa seperti cotton, microfiber, etc, mudah serap peluh, mudah kering. Sekurangnya2 sediakan 6- 12 helai mengikut kemampuan dan sediakan breatpad juga ( disposable or washable)



Kelebihan kebanyakan nursing bra Qis-Sara banding Autumnz Zoe kerana tali dibahu yang lebar dan dibuat dari fabric yang lembut dan selesa. Lightly padded dapat mengelakkan nipple terlalu ketara kelihatan jika tidak memakai nursing breastpad.

PengenalanQissara - Kara baru, design seperti sport bra, hanya perlu selakkan untuk menyusu. Sangat comfortable.





Kebanyakan bra yang kami bawakan mesti ada space lagi jika nak letakkan breastpad, ini penting bagi mengelakkan spill up milk di pakaian.

Memandangkan sekarang nursing bra boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan di kedai2 online, diharap2 ibu2 boleh menyusu bayi dengan lebih selesa banding betapa mahalnya dan seksanya nak cari nursing bra time saya dulu.. huhu

OK, TQ for reading, Adiosss!!!

Sabtu, 25 Oktober 2014

Cloth Diapers ..MINI ^_^

Baru- baru ni Malaysian Cloth Diapers Shop ada lancarkan lampin kain moden jenis baru tau ^_^

Cloth diapers Smartbaby MINI!

Apa yang menyebabkan kami sediakan cloth diapers ni dalam shop kami?

Cloth diapers standard size yang banyak dijual di pasaran boleh laras 3 size, S hingga L, biasanya.

Memang cloth diapers seperti ini boleh dipakai bermula anak baru lahir, purata berat bayi yang baru lahir adalah 2.5kg hingga 3.5kg. Cloth diapers standard size biasanya disyorkan pakai bagi bayi 3kg keatas.
Bagi ibu bapa yang tergolong ketinggian dan berat badan sederhana dan kecil ( biasa bagi rakyat Malaysia), bayi yang dilahirkan ibu2 biasanya 2.5kg hingga 3kg. Tak ada masalah bagi anak2 ini nak menggunakan cloth diapers size standard, akan berfungsi seperti biasa, cuma rupa tak berapa 'cun'. Contohnya:

Diapers nampak besar bagi bayi. Tak de masalah jika ibu bapa tak kisah dari segi rupa, insyaAllah dari segi fungsi bayi selesa asalkan tidak meletakkan insert tebal.


 Dan bila melaraskan size standard cloth diapers kepada size terkecil, banyak lebihan kain, menampakkan rupa yang agak kurang cantik..

( biasanya bayi yang bawah 3kg jadi macam ni)

Bagi yang betul2 ingin menjimatkan wang menggunakan cloth diapers, boleh bertahan dengan rupa cloth diapers yang agak kurang cantik dalam 2-3 bulan pertama, sebab selepas tu bayi akan membesar dan diapers fit nicely.

Tapi...

Bagi yang nak memberikan sesuatu yang ISTIMEWA untuk bayi baru lahir anda, dan nak cuba sedaya upaya untuk berjaya penggunaan cloth diapers 1st time, dapatkan diapers newborn seperti ini:


Smartbaby Mini look like this
-pic ehsan google

Not many size to adjust
Trimly fit your petite babies
 Another newborn diapers, no, smartbaby mini not like this, but this one nice
Kebayakan pic ehsan Mr Google, dan banyak gambar baby bukan orang asia, omputeh, sbb tak banyak cloth diapers mini di Malaysia yang dijual dengan harga mampu milik, kebanyakan premium item. So now kami dah bawa harga mapu milik, boleh la ibu2 yang tengah preggy consider pakai cloth diapers tau!

Lagi satu, dah la kami bawa yang mampu milik, kami bawa jenis All In One, maksudnya insert dijahit terus ke cloth diapers, supaya ibu2 yang baru nak belajar dan dalam pantang rasa mudah sangat, macam pakai disposable diapers yg biasa.

Kalau pakai yang AIO ni masalah lambat kering banding guna pocket diapers, tapi masalah tu tak ketara pada Smartbaby Mini kerana , for newborn diapers kami tidak menggunakan lapisan yang tebal, dan kami guna fabrik bamboo charcoal ( ni yang paling penting nih) yang cepat kering.

Smartbaby mini seperti biasa mengekalkan ciri ISTIMEWA jenama Smartbaby , dimana ada double gusset. Susah tau nak cari diapers affordable menggunakan material bamboo charcoal dan ada double gusset. (Rasanya tak de kot sbb ni kami buat sendiri, pemilihan fabrik sendiri berdasarkan pengalaman kami ^_^)

So... thoose yang terpikir2 nak cuba tu GO FOR MINI!!!

Harga sangat affordable, RM19.90, beli 5 less 10% -- ape kes? murah bebeno kalau nak compare dgn kualiti and benefit yg korang dapat :)



Ahad, 24 Ogos 2014

Fabrik Cloth Diapers

Untuk mengelakkan masalah2 dalam part 1, Di sini pentingnya pemilihan material yang menghasilkan cloth diapers tersebut.

Memang terdapat pelbagai jenama, design dan jenis cloth diapers di pasaran. Bagaimanapun, bagi ibu yang baru nak mula, boleh kenal bahan2 'common' bagi cloth diapers. Saya ulas beberapa material utama dalam pasaran.

Kalau google cloth diapers, mesti biasa terserempak perkataan 'PUL', minky, microfiber, suede, bamboo, bamboo charcoal etc..etc..

1.     Cloth diapers yang waterproof dibuat menggunakan fabrik yang mempunyai lapisan polyurethane laminate dimana tidak telap air tapi telap udara (ada juga jenis cloth diapers yang tidak waterproof dan perlu dipakai dengan diaper cover'.


FFabrik luaran pula biasanya menggunakan polyester (generally didescribe sebagai PUL fabric , walaupun hakikatnya PUL tu lapisan dalamnya), atau menggunakan minky fabric (tekstur berbulu skit/ seperti baldu) yang juga biasanya ada PUL, ada juga yang menggunakan cotton atau cotton campuran.
2




Polyester PUL ni permukaan luarannya licin dan berkilat sikit. Fabric ni walaupun mudah cuci dan mudah kering














     


     Minky Fabric, teksturnya lebih gebu. Fabricnya lebih mahal tapi rupanya sangat cantik. 
     Fabriknya juga tak susah nak jaga.






Biasanya 2 fabrik ni jadi pilihan sebab tak lekat stain, tak jadi tahi lalat atau naik kulat , tahan lasak dan tak mudah lusuh.

Untuk cloth diapers di Malaysian Cloth Diapers Shop, kebanyakan kami menggunakan fabrik polyester dan minky ni ( pernah juga jika ada permintaan kami bawa masuk fabrik yang lain on and off). Fabrik ni tak cerewet penjagaannya, kekal cantik. 

Biasanya fabric minky mahal sedikit berbanding polyester biasa, tapi tak banyak beza, di Malaysian Cloth Diapers Shop, kedua-duanya mampu milik.


3.     Cloth diapers mempunyai sama ada butang atau Velcro untuk dipakaikan kepada anak


a.     Kelebihan butang: Tahan lasak. Bayi juga tak senang nak buka sendiri diapers.
b.     Kelebihan Velcro: mudah digunakan (tapi mudah ditanggalkan juga). Kurang ketahanan banding butang.

Harga? Both harga lebih kurang sama, tetapi yang button lebih mudah didapati di pasaran kerana lebih popular.

4.     Cloth diapers yang paling dikenali biasanya adalah jenis pocket cloth diapers. Ini kerana pocket cloth diapers mudah diurus dan menghampiri cara pemakaian disposable diapers yang kita dah biasa. Ada juga jenis AIO (all in 1 ) atau AI2 (all in 2). Pocket Cloth diapers ada intronya DISINI.


Bagi permasalahan yang diutarakna di SINI jika guna fabrik polyester and minky yang mempunyai lapisan PUL insyaAllah sedikit sebanyak dah memudahkan dari segi penjagaan dan cara nak maintain.

Part 3 nanti sambung jenis2 inner pula ya ( penting ni, sebab menentukan jenis mana paling sesuai untuk ibu dan anak)





-

Khamis, 21 Ogos 2014

Apakah lampin kain moden / cloth diapers?

Dear All, dulu- dulu  cloth diapers ni kira benda baru. Masa sy baru start cloth diapers untuk Sarah 2011, masa tu macam baru nak popular cloth diapers untuk baby.
Masa tu ada ramai cloth diapers seller, yang tumbuh bak cendawan lepas hujan. Sebab apa? Sebab permintaan masa tu tinggi, kira macam in-trend untuk ibu2 pakaikan cloth diapers.


Masa tu, cloth diapers ni biasa kita divide 2 categori, kategori eksklusif a.k.a mahal dan kategori ekonomi.

Kategori eksklusif biasa dari Europe/US, yang ekonomi biasa dari China.

Disebabkan ramai seller, harga pasaran mula turun. At one point , sekarang tak berapa ramai seller cloth diapers macam dulu kerana tidak mendapat keuntungan yang setimpal ( biasanya seller kecil-an yang susah nak maintain).

Sekarang, cloth diapers tidak begitu hangat seperti mula2 dulu. Cloth diapers memang diakui ramai pilihan yang baik untuk anak kerana tidak melibatkan penggunaan bahan kimia sebagai bahan penyerap, lebih selamat dan lebih natural. Lagipun cloth diapers dapat menjimatkan duit dalam jangka masa panjang.

Tetapi dalam ibu-ibu mengakui kelebihan cloth diapers, ramai juga yang masih belum bertukar kepada cloth diapers. Antara beberapa faktor yang dilihat menjadi penyebab ibu2 tidak memilih cloth diapers:

1.     Berasa susah nak jaga dan maintain cloth diapers
2.     Mendapat masalah apabila menggunakan cloth diapers seperti anak naik ruam dan sebagainya.
3.     Tak sempat nak cuci cloth diapers

4.     Pengasuh tak mahu pakaikan cloth diapers.



---BERSAMBUNG DI PART 2